Xabi Alonso merupakan individu paling hangat diperkatakan bakal menjadi calon utama untuk menggantikan Carlo Ancelotti sebagai pengurus Real Madrid.

Masa depan Ancelotti terus menjadi tanda tanya selepas skuad kendaliannya tewas 1-5 menerusi agregat dalam suku akhir UEFA Champions League 2024/25 di tangan Arsenal.

Susulan dengan itu, nama Alonso yang kini masih lagi membimbing Bayer Leverkusen terus menjadi perhatian ramai untuk ke Bernabeu.

Namun, sekiranya Los Blancos tetap mahukan khidmat pengurus berusia 43 tahun itu, mereka perlu berbelanja besar untuk merealisasikan impian tersebut.

Hal ini kerana kelab gergasi Sepanyol itu perlu membayar jumlah angka dua digit kepada Bayer Leverkusen untuk mendapatkan khidmat Alonso sebelum kontraknya yang sah sehingga Jun 2026 tamat.

Jumlah Perlu Dibayar Untuk Dapatkan Xabi Alonso

Menurut sumber laporan Goal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayer Leverkusen, Fernando Cerro dipercayai bersetuju untuk membenarkannya menyertai Real Madrid, namun kelab Jerman itu akan menuntut sekurang-kurangnya €10 juta sebagai yuran pelepasannya.

Real Madrid dijangka akan cuba berunding untuk menurunkan lagi yuran memandangkan mereka secara tradisinya mereka enggan membayar jumlah besar untuk mendapatkan pengurus.

Bagaimanapun, faktor masa dengan saingan Piala Dunia Kelab yang semakin hampir, ia menambah desakan untuk Real Madrid membuat keputusan segera.

Malah, hanya terdapat jarak masa 24 hari antara perlawanan terakhir LaLiga melibatkan Madrid dan permulaan Piala Dunia Kelab.

Bukan itu sahaja ramai pemain Madrid dijangka akan menyertai tugasan antarabangsa dalam tempoh tersebut, sekali gus memberikan Xabi Alonso sedikit atau lebih sulit tiada langsung masa untuk bekerja bersama skuad.

Seperti dilaporkan sebelum ini, nama Jurgen Klopp turut dikaitkan dengan jawatan panas tersebut.

Sumber