Kehangatan All England 2025 semakin dirasai apabila saingan badminton tertua dunia itu akan bermula esok di Utilita Arena Birmingham.

Kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) itu pastinya menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia.

Baca Juga:

Seramai 14 wakil negara akan turun beraksi dalam usaha untuk menamatkan penantian selama empat tahun selepas Lee Zii Jia menjadi pemain Malaysia terakhir memenangi kejuaraan pada 2021.

All England 2025
Badminton – All England Open Badminton Championships – Utilita Arena, Birmingham, Britain – March 19, 2023 Indonesia’s Fajar Alfian and Muhammad Rian Ardianto celebrate on the podium after winning the men’s doubles final along with runners-up Indonesia’s Mohammad Ahsan and Hendra Setiawan Action Images via Reuters/Andrew Boyers

Wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan kejohanan berprestij ini akan mendapat ‘saguhati’.

All England 2025

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) All England 2025 akan menerima $1,450 (kira-kira RM6,405.59) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $4,350 (RM19,216.77).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $4,712.50 (RM20,818.17).

All England 2025
Kredit Foto: Yonex

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $7,975.00 (RM35,230.52) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $9,062.50 (RM40,034.68).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $20,300 (RM89,677.70).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $49,300 (RM217,796.16).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $50,750 (RM224,201.93).

Juara

Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita All England 2025 apabila mereka akan membawa pulang $101,500 (RM448,511.48) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $107,300 (RM474,140.71).

All England 2025
Lee Zii Jia ketika menjuarai saingan 2021. Kredit Foto: Action Images via Reuters/Andrew Boyers

*Cukai Pendapatan UK sebanyak 20% boleh ditolak daripada hadiah wang mengikut peraturan Hasil Dalam Negeri British.