Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 akan berlangsung 14 Jun hingga 13 Julai nanti dengan saingan menampilkan 32 kelab dari seluruh dunia.

Saingan dengan format baharu itu bukan sahaja menarik penyertaan banyak pasukan dalam usaha merebut kejuaraan, malah hadiah ditawarkan juga agak lumayan.

Baca Juga:

Seperti laporan sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menawarkan hadiah wang tunai bernilai kira-kira $1 bilion pada kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat itu.

Ia sekali gus menjadi rekod pemberian hadiah termahal dalam sejarah penganjuran bola sepak dimana turut lebih tinggi berbanding Piala Dunia Lelaki dan Wanita.

Hadiah wang akan dibahagikan antara yuran penyertaan dan ganjaran berdasarkan prestasi. $525 juta akan diperuntukkan untuk elaun penyertaan, manakala $475 juta akan melibatkan prestasi pasukan dalam pertandingan tersebut.

Piala Dunia Kelab FIFA
FIFA President Gianni Infantino gestures during the FIFA Congress, in Luque, Paraguay, May 15, 2025. REUTERS/Cesar Olmedo

Daripada segi peruntukan elaun penyertaan, yuran penyertaan tidak akan dibahagikan secara sama rata antara semua kelab.

Sebaliknya, dana akan diagihkan melalui konfederasi dengan pengiktirafan bahawa pembayaran yang sama akan memberi kesan persaingan yang berbeza di seluruh dunia.

Berikut merupakan senarai lengkap wang tunai bakal diterima setiap pasukan bertanding dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025:

Piala Dunia Kelab FIFA 2025

Elaun penyertaan (Benua) 

1) UEFA (Eropah) – $12.81 juta hingga 38.19 juta (Ditentukan oleh kedudukan berdasarkan kriteria sukan dan komersial)

2) CONMEBOL (Amerika Selatan) – $15.21 juta

3) CONCACAF (Amerika Utara, Tengah dan Caribbean) – $9.55 juta

4) AFC ( Asia) – $9.55 juta

5) CAF (Afrika) – $9.55 juta

6) OFC (Oceania) – $3.58 juta

Piala Dunia Kelab FIFA
The 2025 NBA Champion Larry O’Brien Trophy and The FIFA Club World Cup 2025 winners trophy are displayed in Times Square ahead of the FIFA tournament featuring 32 teams and 63 matches, spread across 12 stadiums in 11 U.S. cities in June and July, in New York City, U.S., May 20, 2025. REUTERS/Mike Segar TPX IMAGES OF THE DAY

Bonus Berdasarkan Prestasi

1) Menang perlawanan kumpulan – $2 juta

2) Seri perlawanan kumpulan – $1 juta

3) Layak ke pusingan 16 – $7.5 juta

4) Layak ke suku akhir – $13.13 juta

5) Layak ke separuh akhir – $21 juta

6) Layak ke perlawanan akhir – $30 juta

7) Juara – $40 juta

Sebanyak 12 lokasi berbeza di Amerika Syarikat akan terlibat dengan penganjuran Piala Dunia Kelab FIFA yang menyaksikan Stadium MetLife di New Jersey bakal menjadi gelanggang perlawanan akhir.

 

Sumber