Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan kurang senang dengan majikan baharunya iaitu Red Bull.

Klopp meninggalkan legasi yang luar biasa di Anfield, setelah membawa Liverpool memenangi lapan trofi utama, termasuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Baca Juga:

Pengendali dari Jerman itu dilaporkan mahu kembali menjadi pengurus, dimana ada dua pasukan yang akan dipertimbangkan olehnya sekiranya menerima tawaran.

Jurgen Klopp Mahu Real Madrid Atau Brazil

Menurut laporan, Klopp ‘tidak berpuas hati’ dalam pekerjaan baharunya dan mendapati dirinya ‘semakin lesu’ bersama Red Bull.

Jurgen Kloop
Jurgen Kloop. Sumber Gambar: Reuters

Laporan mendakwa bahawa Jurgen Klopp hanya akan meninggalkan Red Bull untuk salah satu daripada dua destinasi, pasukan kebangsaan Brazil atau Real Madrid.

Jurgen Klopp dikhabarkan memperoleh gaji antara €12m dan €14m dengan Red Bull, tetapi ketidakpuasan hatinya telah diperkatakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) belum menghuhungi Klopp dimana Carlo Ancelotti dan Jorge Jesus kekal sebagai sasaran pengurus utama mereka.

Ancelotti berada dalam risiko di Madrid khususnya selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Jurgen Kloop
FILE PHOTO: Soccer Football – FIFA Club World Cup – Semi Final – Al Ahly v Real Madrid – Prince Moulay Abdellah Stadium, Rabat, Morocco – February 8, 2023 Real Madrid coach Carlo Ancelotti before the match REUTERS/Susana Vera

CBF dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memecat pengurus ketika ini, Dorival Junior selepas pasukan menampilkan prestasi yang tidak konsisten sejak beliau dilantik.

Ancelotti berada di tahun terakhir kontraknya di Bernabeu ketika itu dan Brazil yakin dapat memikatnya untuk menguruskan pasukan yang mana tirut dibarisi oleh beberapa bintang Los Blancos.

Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues yang dipilih semula memberitahu negara Ancelotti akan mengambil tugas itu apabila kontraknya di Madrid tamat.

Awal tahun ini, pengurus berusia 65 tahun memberikan pandangan mengenai masa depannya bersama Real Madrid.

‘Saya mahu menjadi sangat jelas. Saya tidak akan memutuskan tarikh saya berpisaj dari kelab ini dalam hidup saya. Saya tahu betul bahawa ia akan datang satu hari nanti, tetapi saya tidak akan memutuskan hari itu.

‘Ia mungkin esok atau dalam satu atau lima tahun. Saya mempunyai kelebihan bahawa Florentino [Perez] akan berada di sini selama empat tahun lagi dan saya mempunyai objektif untuk mencapainya bersamanya. Kita boleh mengucapkan selamat tinggal bersama,” katanya.