Tanda pagar #JusticeForBabySyifa mula tular di sosial media beberapa hari ini. Difahamkan tujuan ia ditularkan adalah untuk menuntut keadilan kematian seorang bayi perempuan yang didakwa mati ketika berada di taska.

Dalam salah satu kenyataan bapa mangsa, Yuseri Yusoff, dia diberitahu oleh pengasuh bahawa anaknya meninggal dunia akibat terjerut buai dalam keadaan tergantung.

Apa yang menimbulkan keraguan baginya adalah kesan jerutan tersebut tidak seperti kain buai yang berbentuk jaring, tetapi kesan tersebut seolah-olah daripada wayar atau pun kabel.

“Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa,” katanya di Facebook.

Ayah mangsa juga difahamkan telah meminta pandangan pakar forensik luar negara dan mereka memberitahu beliau bahawa kesan lebam di leher Baby Syifa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Justeru beliau meminta pihak berkuasa untuk tampil menyiasat lebih lanjut kes kematian anaknya dan meminta agar keadilan ditegakkan.

“Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

“Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tanda pagar ini juga tular di media sosial Twitter dan Instagram dengan kebanyakan netizen menuntut pihak berkuasa untuk menyiasat lebih lanjut kes kematian Baby Syifa.

“Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa,” kata bapa mangsa.

Setakat laporan ini ditulis, difahamkan bahawa siasatan kes kematian bayi perempuan setahun tiga bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kisah di sebalik gambar perempuan memegang arwah anaknya. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Di Sebalik Gambar Perempuan Ini Memegang Arwah Anaknya

Bunuh Dan Simpan Dalam Peti Sejuk, Apa Sudah Jadi Dengan Pengasuh?

Pembuli Siber ‘Pembunuh’ NGO Untuk Bayi Ini