Seorang lelaki yang bekerja sebagai pesawah didakwa melakukan perbuatan menghasut menerusi satu penulisannya di kumpulan WhatsApp, di mana dia mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian.
Lelaki bernama Azman Md Yusof, 46, yang ada 4 orang anak – mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Aini Yusof.
Baca Juga:
- ‘Hormati Kerajaan Perpaduan, Tunggu Peluang Bersaing PRU Akan Datang’ – Yang di-Pertuan Agong
- ‘Kesilapan Sebegini Tidak Boleh Diterima’ – Agong Murka, Titah Tindakan Keras Isu Kalimah Allah
- Agong Kurnia Proton X90 Kepada Ketua Polis Negara, Pegawai Kanan Istana
Menurut pertuduhan, Azman telah menghasut orang ramai di dalam kumpulan WhatsApp Kariah Permatang Sungai Dua. Kesalahan dilakukan pada 25 April lalu pada 8.45 malam.
Kes didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan – menurut laman Buletin TV3.
Pendakwaan meminta jaminan RM10,000 dikenakan ke atas tertuduh kerana hasutan tersebut semakin berleluasa kebelakangan ini.
Namun begitu, peguam yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan dikurangkan atas alasan, anak guamannya hanya bekerja sebagai pesawah.
Seorang pesawah, Azman Md Yusof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian pada 25 April lalu.#malaysiagazette #kesmahkamah pic.twitter.com/jRuK9fyhuu
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) April 30, 2024
Selain itu dia memiliki ramai tanggungan dan saraan, termasuk isteri serta 4 anak yang berusia 4 hingga 16 tahun.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM6,500 kepada tertuduh oleh seorang penjamin serta perlu mengikut syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Seterusnya tertuduh dilarang sama sekali membuat sebarang hantaran di mana mana platform media sosial sehingga kes ini selesai. Sebutan semula kes akan dibuat pada 20 Mei 2024.