Kakak pemandu Honda Jazz kecewa netizen kecam adiknya. Dan menganggap mereka tidak kenal siapa adiknya yang sebenar.

Pada masa yang sama dia meminta semua pihak jangan lupa mendoakan kesembuhan adiknya. Kerana menurutnya, adiknya juga kritikal sama seperti mangsa yang lain.

Kakak pemandu Honda Jazz terkilan adiknya dikecam

Kakak pemandu Honda Jazz terkilan melihat banyak komen kecaman ke atas adiknya. Dan yakin bahawa Allah sentiasa bersama dia sekeluarga.

Kakak penandu Honda Jazz itu berkata: “Did [Aidid] akan tak kuat nnak tengok kau macam ni Did.

“Akak tahu kamu bukan macam yang netizen cakap. Tak apa Did kami sekeluarga tahu kamu macam mana. Allah itu ada Did.

“Biarkan mulut orang berkata macam macam. Cukuplah Allah dengan kami sekeluarga yang tahu. Tetap kuat ya Aidid. Akak sentiasa doakan kamu.

did

Dalam komen berasingan, kakak pemandu Honda Jazz benar benar sedih melihat keadaan adiknya.

“Allahu, kasihannya adikku. Minta maaf yang semua. Janganlah marah atau apa apakan dia. Dia dalam keadaan kritikal juga. Doakan yang baik baik.”

komen

Sebelum ini seorang pemandu remaja lelaki berusia 18 tahun terlibat dalam kemalangan setelah gagal berhenti di lampu isyarat merah.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan lainĀ  yang menunjukkan kereta dipandu laju merempuh penunggang motosikal.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu. Dua mangsa yang dilanggar ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16. Kedua duanya maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa lain termasuk penumpang Honda Jazz tersebut dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Polis mennyatakan bahawa buat masa ini, kes masih disiasat dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara tersebut.

accident

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut, dan orang ramai diharap tidak membuat spekulasi tentang perkara terssebut, kerana ia boleh mengganggu proses siasatan, dan pada masa yang sama, mahu menjaga sensitivi mereka yang berkenaan,” tegas Ketua Polis Serembah, Asisten Komisioner Mohamed Hatta Ce Din.

hatta
Jatta Che Din – FOTO BERNAMA

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – menurut laporan Astro Awani.

Kakak pemandu Honda Jazz tersebut ketika itu menganggap apa yang berlaku sebagai ujian di bulan mulia.

“Cepat sembuh ya adikku. Semua takdir Allah, ujian pada bulan mulia. Rindu nak tengok kau senyum dik,” tulisnya

ig