Jika dulu nak kaya perlu seseorang memiliki bisnes atau bekerja di dalam dunia profesional, kini semudah dengan menjadi pencipta konten.
Ramai mendambakan kerjaya ini kerana lebih fleksibel dan mampu meraih pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit pada setiap bulan.
Baru-baru ini, seorang pencipta konten tersohor yang dikenali sebagai Zukie Mohammad telah mendedahkan pendapatan bulanan yang berjaya diraih menerusi platform media sosial pada suatu ketika dahulu.
Zukie dengan jumlah subscriber mencecah 1.8 juta di YouTube berkongsi yang dia pernah meraih pendapatan setinggi RM90,000 sebulan hasil daripada platform terkenal itu.
Itu belum kira lagi dengan tajaan yang ditawarkan oleh syarikat terkemuka untuk mendapat tempat di dalam videonya.
Menurut Zukiee lagi, pendapatan itu diraih ketika dia menghasilkan drama bersiri komedi sebanyak 14 episod yang pada ketika menjadi fenomena di seluruh Malaysia.
“Paling tinggi aku pernah dapat RM90,000 sebulan. Tak pernah cecah RM100,000.
“Time tu aku buat Naik KL, sketsa komedi berepisod. Aku buat 14 episod, seminggu satu. So setiap bulan RM70k, RM80k, naik RM90k lepas tu turun turun,” kongsinya.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa wujud pencipta kandungan lain di dalam Malaysia yang mampu meraih lebih daripadanya sehinggakan mencecah ratusan ribu ringgit pada setiap bulan.
“Setiap bulan itu aku akan dapat RM70,000, RM80,000 sampailah dia naik jadi RM90,000. Selepas itu nilai itu mula turun baliklah.
“Benda itu tak mengejutkan pun sebab ada lagi (YouTuber) yang pernah dapat sampai RM200,000,” tambahnya.
Zuki bagaimanapun mendedahkan bahawa seseorang perlu mempunyai komitmen dengan Youtube iaitu menghasilkan video secara berdisiplin.
@youcastclips Sapa boleh lawan??
Tambahnya lagi, 80% daripada penonton bukan datang daripada subscribers sebaliknya daripada penonton baru yang dicadangkan oleh Youtube disebabkan ‘komitmen’ yang telah diberikan.