Berikutan nahas tragis di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, keluarga mangsa ketiga kini dalam proses memulakan tindakan undang-undang terhadap pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat.
Memetik Kosmo, Nurhaメafza Salwa Hazizan, 41, ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, menyatakan tindakan undang-undang itu perlu diambil kerana anaknya dan dua lagi rakan telah terkorban dalam kemalangan tersebut.
“Kita akan ambil tindakanナ ya lah sekarang Alang (arwah Aisar) pun dah meninggal, lepas tu kawan dia meninggal dua orang, kita akan fight (lawan), memang dah ada peguam yang tawarkan khidmat secara percuma,” katanya.
Beliau berkata hasratnya itu ketika bertemu dengan pemberita di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat, di sini, awal pagi tadi.
Beliau menceritakan keadaan anaknya yang kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.23 malam. Katanya, beliau sudah reda sejak melawat anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaメafar (HTJ) di sini, pagi kelmarin.
“Otak anak memang dah mati, penafasan hanya dibantu oleh sokongan mesin. Sejak dari pagi semalam (kelmarin), pergi hospital ziarah, saya dah bersedia. Selepas itu, saya berbincang dengan anak-anak yang lain kita kena reda.
“Malah, semasa malam tadi (kelmarin), jantung (kadar bacaan) Alang drop sampai 38. Saya panggil anak, bacakan surah Yassin. Kita tak nak seksa dia lagi, saya maafkan Alang, saya halalkan susu yang saya bagikan pada dia.
“Saya ampunkan dosa dia, saya reda,” katanya yang mempunyai 10 anak iaitu empat lelaki dan enam perempuan berusia tujuh bulan hingga 22 tahun.
Dia menyatakan bahawa melihat wajah anaknya selepas meninggal dunia memberinya rasa reda yang mendalam.
Ibu mangsa menggambarkan ketenangan wajah anaknya selepas meninggal dunia. Walaupun terdapat kesan calar, wajah anaknya kelihatan seperti sedang tidur, memberikan rasa reda kepadanya.
Abang Aisar, Mohammad Aiman Abdullah, 20, menyatakan bahawa adiknya tidak berkelakuan aneh sebelum nahas. Tetapi, dia pelik kerana adiknya tidak berminat untuk bercakap tentang tema baju raya.
“Biasanya Alang memang akan teruja, dia suka sedondon tapi kali ini dia katakan tak perlu beli baju rayanya sebab dia tak nak raya nak duduk rumah sahaja tidur,” kongsinya.