Sejak pelakon Sharifah Sakinah berpisah dengan bekas suaminya yang dahulu, Sharifah Sakinah bernikah pula dengan Michael Hansen, lelaki berasal dari Sweden.
Mereka mengakui sudah berumah tangga sejak Februari yang lalu, namun dirahsiakan oleh Sakinah mengenai perkahwinannya atas faktor peribadi.
Baca Juga:
- Akan Baring Di Hadapan Bangunan FINAS, Sharifah Sakinah Minta Jangan Ganggu Netflix
- Chef Wan ‘Pegang Janji’ Jaga Bekas Isteri Selama 33 Tahun Berpisah
- Sweden Umum Pandemik Berakhir, Anggap COVID-19 Bukan Lagi Ancaman
Sakinah juga memberitahu dia kerap berulang alik dari Sweden ke Malaysia kerana masih ada tanggungjawabnya sebagai seorang ibu untuk selalu menjenguk anaknya yang berada di Malaysia.
Bagaimanapun, Sakinah menjadi bualan ramai kerana perkongsian terbaharunya di laman Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya kepada netizen.
“Kami mempunyai pendapat yang berbeza, kepercayaan berlainan, perspektif dan ideologi. Disebabkan itulah kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Inilah pengakhiran,” tulisnya.
Sakinah juga bertindah untuk menutup ruangan komen bagi foto yang dimuat naiknya itu.
Hasil kajian menerusi Instagram Sakinah dan suami, mereka ada berkongsikan gambar percutian mereka pada bulan Oktober lalu kelihatan gembira dan bahagia semasa berada di tempat percutian tersebut seolah tidak ada berlaku perkara yang tidak diinginkan.
Sehingga ke ketika ini, Sakinah masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkongsian beliau yang penuh tanda tanya tersebut.