Kanada baru-baru ini membuat pengumuman mengenai pelan negara tersebut untuk menerima lebih banyak imigran ke negara tersebut. Kenyataan menyebut Kanada akan menerima kira-kira 1,080,000 imigran bermula tahun ini hingga 2021 nanti.

Penambahan imigran ini dipercayai mampu membantu dalam pertumbuhan ekonomi Kanada oleh kerana rata-rata imigran adalah golongan muda yang mampu mengatasi masalah peningkatan usia dalam masyarakat tersebut. Kehadiran imigran ini akan menjadi pelapis dalam industri tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

canada

Pelarian yang sedang mencari negara yang sesuai untuk meneruskan kehidupan juga boleh memohon status permastautin tetap Kanada. Setakat 2017, seramai 44,000 pelarian telah diterima dibawah program pembangunan ekonomi.

Melalui program imigran 2019-2021, Kanada menyasarkan penerimaan masuk imigran seramai 43,000 orang hingga 64,500 setiap tahun. Adakah anda mempunyai impian untuk bekerja dan berpindah ke luar negara? Mungkin ini peluang terbaik.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.