Kari ayam sememangnya satu sajian yang cukup universal di Malaysia yang mana sedia dinikmati dari seluruh lapisan masyarakat.
Siapa sangka kari ayam yang dimasak oleh ibu kita di rumah kini menjadi perhatian dunia dan menariknya berjaya mengungguli carta stew terbaik di dunia?
Ini bukan sembang kosong kerana telah diumumkan sendiri oleh laman makan terkenal global iaitu TasteAtlas dan merangkumi sejumlah stew tradisi dari seluruh dunia menerusinya.
Juara dunia dalam senarai 100 stew terbaik

TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan 100 stew terbaik dunia, dan kari ayam Malaysia dengan bangganya menduduki tangga teratas dengan skor 4.7/5 bintang yang mengagumkan.
Boleh dikatakan ini satu pencapaian yang luar biasa malahan memberi penghormatan terhadap kulinari tempatan secara tidak langsung menerusinya.
Malah, ini turut membuktikan juadah Malaysia juga berada sebaris dengan masakan tradisional dari negara-negara terkemuka seperti Mexico, India dan Jepun.
Sementara negara jiran lain yang berada di dalam carta termasuklah Thailand dengan kari Phanaeng di tempat ke-dua denganĀ skor 4.6 sementara Indonesia dengan kebanggan juadah rendangnya di tempat ke-enam bersama skor 4.5.
Apakah rahsia keenakan kari ayam?
Rahsia keenakan kari ayam Malaysia terletak pada keseimbangan rempah ratus segar dan serbuk kari, penggunaan santan segar untuk rasa lemak dan tekstur kaya, aroma wangi dari daun kari, pandan, dan serai, teknik memasak perlahan agar rempah meresap sempurna, dan sentuhan ghee (jika digunakan).
Gabungan ini menghasilkan rasa yang kompleks, aromatik, dan memuaskan, seringkali dengan sentuhan asam untuk mengimbangi lemak. Setiap resipi keluarga juga menyimpan sentuhan peribadi yang unik.