Memang meriah sungguh event Sneakerlah 2017 yang berlangsung minggu lalu. Rugi siapa yang tak sempat ke sana. Siap ada yang menang Vespa lagi semasa acara cabutan bertuah. Jadi kami ingin berkongsi dengan anda antara kasut rare yang dipakai para sneakerheads yang datang ke acara ini.
Dari koleksi kolaborasi khas Nike X Off White sehinggalah ke kasut jenama high fashion seperti Balenciaga dapat dilihat di Sneakerlah 2017. Ini hanyalah beberapa gambar kasut yang ada. Anda boleh lihat kasut-kasut rare yang lain di laman Masses. Tahniah Bryan atas acara yang hebat ini. Moga Sneakerlah kembali dengan lebih awesome tahun hadapan.











