Pada Sukan Komanwel baru-baru ini, pasukan E-Sukan Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dengan prestasi yang cukup mantap. Malah, E-sukan dilihat semakin berkembang kerana wujud pelbagai acara pertandingan permainan video bertaraf dunia yang diadakan pada saban tahun.

Namun begitu, BBC melaporkan bahawa permainan video kompetitif tidak akan menjadi acara rasmi pada Sukan Komanwel 2026 yang bertempat di Victoria, Australia. Perkara ini menjadi kejutan buat sejumlah pihak yang rata-ratanya boleh menerima baik kehadiran kategori E-sukan di sukan temasya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: kakuchopurei

Difahamkan kategori E-sukan pada acara Sukan Komenwel 2022 Birmingham baru-baru ini merupakan kali pertama ditambah sebagai acara rasmi. Walaupun dianggap sebagai berjaya pada tahun ini, nampaknya negara Australia selaku penganjur Komanwel 2026 mempunyai perancangan lain pula.

Walaupun telah disoal oleh pihak BBC, Commonwealth Games Federation (CGF) dan Global Esports Federation (GEF) berkenaan isu tersebut, penganjur acara Sukan Komanwel 2026 masih belum memberi sebarang jawapan spesifik sebab menyingkirkan E-sukan daripada acara pingat sukan.

Sumber Gambar: Medical News Today

Antara faktor penyingkiran E-sukan daripada acara pingat sukan di Komanwel adalah penyalah gunaan dadah jenis nootropics dan Adderall yang membolehkan pemain menumpukan perhatian untuk sepanjang tempoh pertandingan. Hal ini kerana pernah dilaporkan terdapat pemain yang menggunakan dadah dalam pertandingan kompetitif.

Selain itu, ada juga timbul kerisauan dengan kehadiran E-sukan bakal mencantas minat anak muda dalam sukan fizikal yang dipertandingkan dalam Sukan Komanwel pada masa kelak. Jadi, pihak penganjur Australia memilih untuk menyingkirkan acara E-sukan sepenuhnya daripada menjadi sebahagian sukan rasmi.