Seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja, yang masing masing berusia antara setahun hingga 14 tahun maut dalam kebakaran yang berlaku di kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas.
Tragedi tersebut benar benar menggemparkan penduduk di sekitar. Dan kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada tengahari tadi kira kira 12.40 tengahari, pada hari ini.
Menurut laporan Buletin TV3, kesemua 5 mangsa dipercayai berjiran. Laporan yang sama menyebut, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Raina Adrian, 1, Raida, 3, dan Raisa, 4, ketiga-tiganya adalah adik beradik. Sementara itu, dua orang lagi adalah anak keluarga jiran yang juga adik beradik dikenali sebagai Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya Almidah, 14.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran pada 12.47 tengahari. Dan segera mengerahkan 35 pegawai bersama dengan jentera khas serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.
Operasi memadamkan api kebakaran dilaporkan terkawal pada 1.29 petang dengan pasukan bomba berterusan memadamkan bara bara api.
Seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja berusia antara setahun hingga 14 tahun maut dalam kebakaran di kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, di Kota Kinabalu, tengah hari tadi. pic.twitter.com/jpyL2tTOSV
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 30, 2024
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, turut mengesahkan kebakaran tersebut melibatkan 4 buah rumah dan sebuah gerai. Pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari.
Bomba juga mengesahkan bahawa ada seorang mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Punca kebakaran dan angka kerugian masih lagi dalam siasatan pasukam Pasukan Forensik JBPM.