“Kebanyakan majikan yang menggajikan seseorang bukan kerana dia memiliki ijazah,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi laporan Berita Harian.

Ulasnya lagi, hal ini berdasarkan penelitian hasil pengalamannya sendiri menemuduga ribuan graduan yang tersenarai dalam kategori terbaik beberapa tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jadi, tiada masalah dengan penawaran pekerjaan bahkan ia bukan isu mutlak kerana berdasarkan data statistik makro di Malaysia menunjukkan perkara itu adalah sihat.

Hanya kerana terlalu bergantung dengan pada sijil akedemik semata-mata, Rafizi berkata mereka berdepan kesukaran sepadankan kelayakan dengan kriteria pekerjaan ditawarkan dalam pasaran kerana ketiadaan bakat dan kemahiran seperti dikehendaki.

“Di Malaysia, kita terbiasa dengan barisan pengeluaran iaitu pemerolehan bakat seperti kita pergi ke sekolah, kita ada model tunggal, jika anda lakukan terbaik anda akan peroleh biasiswa.

“Jika anda ke universiti dan jika ambil kursus kejuruteraan, anda akan bayangkan anda akan menjadi jurutera selama 20 atau 30 tahun.

“Kesnya berbeza sekarang. Saya pernah menemuduga graduan muda kelas atas lima enam tahun lalu. Berdasarkan beberapa penelitian yang saya nak kongsikan terutama berkenaan bakat muda, pertama, kebanyakan masa majikan menggajikan anda bukan sebab ijazah yang anda ada.

“Ijazah hanya membuktikan anda mempunyai otak. Jadi seseorang yang digajikan itu mempunyai beberapa sifat yang majikan mereka lihat boleh berdikari, nampak inisiatif mereka dan melihat keseimbangan yang ada,” katanya.

Secara dasarnya, majikan tidak hanya melihat ilmu teknikal dan kemahiran semata-mata, aspek soft skill seperti boleh berkomunikasi dengan baik, berfikiran kritis juga menjadi satu perkara penting dalam pemilihan seseorang untuk berkerja.