Siapa-siapa yang bercuti di Langkawi, Dataran Lang pasti menjadi salah satu destinasi yang ‘wajib’ untuk singgah di pulau itu.
Baru-baru ini TikTok @najmudin.shukor berkongsi pengalamannya yang tidak dapat melawat Dataran Lang pada 30 April lalu.
Baca Juga:
- Stesen LRT Bakal Dibina Di Pulau Langkawi
- Terpanjang Di Dunia, Eagle’s Nest Skywalk Di Langkawi Sudah Dibuka Kepada Umum
- Penduduk Langkawi Kecewa Hidup Bertahun-Tahun Dengan Air Kotor, Kedah Nak ‘Tiru’ Kelantan?
“Dataran Lang tak boleh masuk bergambar. Ada orang Langkawi di sini bolehlah kongsi info Dataran Lang tutup sampai bila,” ujar @najmudin.shukor.
@najmudin.shukor Dataran Lang x bole masuk bergambar . Ade orang langkawi sini bole laaa info tutup sampai bila. #abangsoya #najmudinshukor
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, didapati ramai yang tidak mengetahui Dataran Lang sudah lama ditutup buat sementara waktu.
Hasil carian di X.com, didapati pengumuman penutupan sementara waktu itu sudah dibuat sejak 27 Mac lalu.
Menerusi hantaran X.com @LangkawiDevelo1, penutupan penuh Dataran Lang, Langkawi bermula 15 April 2024 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀
DATARAN LANG, LANGKAWIPenutupan penuh Dataran Lang, Langkawi bermula 𝟭𝟱 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟰 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 04-96000799.
𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝙍𝙐𝙎𝘼𝙉 𝙇𝘼𝘿𝘼 pic.twitter.com/qUlGmYcPPA
— Langkawi Development Authority (@LangkawiDevelo1) March 27, 2024