Selepas sebulan berpuasa, pasti ramai mahu bergaya di pagi Hari Raya yang mulia dengan baju melayu baharu namun apakan daya saban tahun harganya melonjak langsung ramai memilih untuk berjimat cermat.

Bagaimanapun, tular video yang memperlihatkan inisiatif warga setempat yang mana menyediakan tempat baju melayu yang boleh diambil secara percuma oleh pengunjung.

Di Bazar Ramadan Taman Yayasan, Johor inilah terletaknya lokasi dinamakan free market: baju melayu terpakai di mana orang ramai boleh datang mengambil baju melayu yang diminati secara percuma.

Pelbagai jenis, saiz dan warna yang ditawarkan yang dipercayai hasil sumbangan orang ramai lalu diletakkan di lokasi itu bagi memudahkan para pengunjung yang berhajat mahu memiliki baju raya melayu secara percuma mungkin kerana tidak berkemampuan.

Dari video tersebut, terukir senyuman para pengunjung yang sedang mencuba mahupun membelek baju yang dipamerkan yang merangkumi dari pelbagai usia.

@mufarizam

“Kecil Bagi Kita Tapi Besar Buat Mereka” FREE MARKET BAJU MELAYU TERPAKAI 2025 #fyp #fypage #fypp #foryou #foryoupage #bajumelayu #terpakai #bazar #johor #swcorpmalaysia

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – Achik Afiq 06

@mufarizam

FREE MARKET BAJU MELAYU TERPAKAI 2025…. “Kecil bagi kita tapi Besar buat mereka” #kongsirezeki #kongsibersama #fypage #fypp #fy #raya #bajumelayu #pakaianterpakai #swcorpmalaysia #swcorpsegamat #foryou #foryoupage #bazar

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – Achik Afiq 06

Video yang dikongsikan itu telah meruntun hati setiap para penontonnya kerana merasakan masih ada lagi insan di luar sana berpeluang menikmati baju melayu baharu di pagi hari raya kelak dengan adanya inisiatif tersebut.

Malah, ramai berharap agar inisiatif ini dapat dikembangkan lagi oleh komuniti di tempat lain mahupun negeri lain kerana pasti ramai yang mahukannya ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Baju melayu
Sumber Gambar: TikTok
Baju melayu
Sumber Gambar: TikTok

Dalam pada itu, sebahagian netizen turut meluahkan rasa minat untuk turut menyumbang baju raya yang lama sudah tidak dipakai tapi masih dalam keadaan baik agar boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.