Seorang ibu di Jogja, Indonesia mengalami kejadian tidak dijangka apabila motosikalnya hilang selepas pulang dari solat Tarawih, lapor Detik.
Apa yang lebih memeranjatkan, pencuri motosikal itu bukanlah orang lain, tetapi anak kandungnya sendiri.
Menurut laporan polis, kejadian ini terjadi pada Sabtu malam.
Ibu terbabit yang hanya dikenali dengan huruf awal T, hanya menyedari motosikalnya hilang selepas pulang dari masjid kira-kira jam 10 malam.
Motosikal berplat AB 4395 OB itu diletakkan di hadapan rumah sebelum hilang.
Motor Hilang Masa Tarawih, Anak Sendiri Jadi Pencuri
Selepas siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Polis Lendah bersama Polis Kulonprogo, didapati pencuri motosikal itu adalah anak kandung T, AHYP berusia 24 tahun yang ditahan pada Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Lendah, AKP Triatmi Noviartuti, AHYP mengaku mencuri motosikal ibunya semasa dia sedang tarawih kerana memerlukan wang.
“Penjenayah mengambil kunci motosikal dan mengambilnya tanpa kebenaran. Motosikal itu kemudian dijual melalui media sosial kepada pembeli dari Klaten, Jawa Tengah,” jelas Novi.
Motosikal Temui, Pembeli Tidak Tahu Ia Dicuri
Polis berjaya mengesan motosikal itu ke kediaman LTD, yang mengaku membelinya tanpa mengetahui ia dicuri.
Motosikal itu kemudiannya dirampas sebagai bahan bukti, bersama AHYP yang kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Ibu AHYP, T, hanya mampu berserah kepada kejadian ini.
Motosikal itu bukan sahaja digunakan olehnya, tetapi juga oleh anak-anaknya yang lain.
Ketika hilang, motosikal itu masih dilengkapi dua topi keledar dan baju hujan.
Anggaran Kerugian RM3,000
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Kulonprogo, Iptu Sarjoko, kerugian yang dialami ibunya dianggarkan sekitar Rp10.5 juta (kira-kira RM3,000).
Kes curi motor semasa mangsa sedang solat tarawih ini tular di media sosial dengan ramai netizen yang memberi pandangan mereka.
Tetapi kebanyakan mereka mengecam anaknya yang bersikap pentngkan diri sehingga sanggup mencuri motosikal ibunya sendiri.