Sebuah kedai makan terkejut apabila menemui tiga beg bagasi mengandungi hampir 10 ekor kucing dan ditinggalkan begitu sahaja.
Menerusi perkongsian video TikTok @sheikharjans, kira-kira pukul 10.30 malam ternampak sebuah kereta masuk ke kawasan parkir kedai makannya.
Baca Juga:
- Syarikat Ini Dikecam Kerana Sediakan Perkhidmatan Urus Kematian Kucing Dengan Cara Islam
- Penyewa Biarkan Najis Kucing Bertimbun Dalam Beg Plastik, Pemilik Terkejut Lihat Keadaan Rumah Sewanya
- Demi Konten, Lelaki Ini Sanggup Cipta ‘Kelainan’ Dengan Makan Roti Bersama Makanan Kucing
15 minit kemudian, kereta tersebut beredar meninggalkan kawasan kedai makan itu.
“Mungkin mereka ubah fikiran untuk makan tempat lain. Kemudian pada pukul 3 pagi, pekerja ternampak ada tiga buah bagasi di kawasan parkir kereta,” kata @sheikharjans.
@sheikharjans sayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang
Apabila mereka semua pergi melihat dan membuka bagasi tersebut, alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat 4 ekor kucing dewasa serta anak-anak kucing yang lain.
“Sampai ada yang terberak, terkencing dalam bagasi itu. Kesemua kucing itu berasa lemas, rimas, lapar, dan ketakutan dalam gelap.
“Adalah dalam 6 jam juga kucing-kucing malang itu berasak-asak cuba melepaskan diri daripada bagasi tersebut,” kata beliau.
@sheikharjans menyatakan beliau tidak kisah jika ada orang mahu meletakkan haiwan yang hendak dibuang di kedai makannya, asalkan diberitahu terlebih dahulu.
Hantaran video itu telah mendapat hampir lebih 1 juta tontonan, lebih 8,000 komen daripada warganet.
Orang ramai mengucapkan terima kasih kepada @sheikharjans kerana menyelamatkan kesemua kucing malang tersebut.



Dalam pada itu warganet tidak menolak ada kemungkinan kucing-kucing tersebut bukan dibuang oleh ‘tuan sendiri’. Sebaliknya mungkin dibuang oleh orang yang kurang senang dengan kewujudan semua kucing itu di suatu kawasan perumahan.