Kebiasaannya kita sebagai pelanggan akan melihat barang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pembelian di kedai. Namun, jika semua berbuat sedemikian sudah pasti kedai ini pula mengalami kesesakan.

Dalam mengatasi masalah tersebut, sebuah kedai runcit di Sepanyol telah mengenakan caj bayaran sebanyak  €5 (~RM25) kepada pelanggan mereka yang datang meninjau tanpa membeli barang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Oddity Central

Menurut laporan Oddity Central, kedai bernama Queviures Murria di Barcelona itu telah beroperasi sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi popular di situ.

Kedai tersebut mempamerkan reka bentuk tradisional dan vintaj sekaligus telah menarik kehadiran beratus-ratus pelancong setiap hari namun hanya sebahagian mereka tidak membeli barangan di situ.

Sumber Gambar: Oddity Central

Ada pelancong masuk ke kedai hanya sekadar mengambil tanpa membeli apa-apa. Oleh itu, pengurus kedai bersama rakan sekerjanya nekad untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk menghalang mereka daripada berbuat sedemikian.

“Idea itu bermula sebagai jenaka tetapi apabila kakitangan dan pelanggan kami semakin tidak selesa, kami memutuskan untuk melaksanakannya,” kata pengurus tersebut, Toni Merino.

Satu notis juga telah ditampal di hadapan kedai dan ia berjaya menghalang kebanyakkan pengunjung yang tidak diingini. Sejak itu, setiap pelanggan pasti membeli sesuatu setiap kali pergi ke premis berkenaan.

Berdasarkan video di atas, sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpegun dan mahu berkunjung ke kedai itu. Hal ini kerana reka bentuk binaan dan juga barangan yang dipamerkan sangat unik dan menarik.