Pada hari minggu baru-baru ini, telah berlangsungnya acara perlumbaan Formula Satu (F1) diadakan di Grand Prix (GP) Monaco.
Perlumbaan berlangsung dengan penuh dramatik, walaupun hujan turun membasahi litar, Max Verstappen daripada pasukan Red Bull berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Fernando Alonso (Aston Martin), Esteban Ocon (Alpine), Lewis Hamilton (Mercedes) dan rakan sepasukannya, George Russell (Mercedes).
Baca Juga:
- Rakyat Malaysia Teruja Jumpa Nasi Lemak Di New York, Tapi Bila Dah Cuba Terus Hampa
- Jelir Lidah Tanda ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia
- ‘Kapten Tidak Ugut Dan Situasi Terkawal’ – Saksi Nafi Dakwaan Keterlaluan Penumpang Ini
Lebih menarik lagi, semasa acara penyampaian trofi kejuaraan, kelihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berada di atas pentas.
@muadzmahfud
Situasi itu membuatkan netizen yang menonton GP Monaco semalam berasa terkejut apabila mendapati ketua negara berada di acara yang berprestij itu.
Ramai juga berpendapat, keberadaan Seri Paduka di sana menjadi satu ‘hint’ bahawa acara F1 akan kembali semula di Sepang pada masa akan datang.
Untuk makluman YDP Agong berkenan berangkat ke Monaco dan Jordan untuk lawatan khas ke kedua-dua negara sehingga 2 Jun ini.





Lawatan khas ke Monaco selama empat hari sehingga 29 Mei adalah atas persilaan Putera Monaco Putera Albert II.
“Pada 28 Mei, Seri Paduka dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari bersama Putera Albert II dan kerabat diraja Monaco di Heracles Palace disusuli dengan keberangkatan ke Monaco Formula 1 Main Circuit pada sebelah petang,” petik kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.