Kek Premium Hitam yang dikeluarkan oleh influencer bernama Fendymojo menjadi bualan hangat baru-baru ini kerana penawaran harga yang terlalu mahal meskipun didakwa hanya menggunakan bahan dan bungkusan yang mampu milik.

Bagaimanapun, tular sebuah video ulasan oleh seorang wanita yang sedia memesan sekotak kek cokelat premium itu dan memberi pendapat sama ada ia sedap kena dengan harga atau pun gagal mencapai jangkaan orang ramai terhadap dakwaan “premium”nya.

Menerusi video tersebut, wanita ini telah membuat pesanan pada 16 Mac lalu dan menerima bungkusan pada beberapa selepas itu.

Selesai melerai bungkusan itu, dia langsung membuka penutup bekas kek cokelat premium itu dengan harapan ia akan kekal dalam keadaan baik kerana sangat meminati manisan tersebut.

Namun, dirinya dilanda kehampaan apabila mendapati sebahagian kecil kek tersebut sudah pun kelihatan ada warna keputihan atau dalam bahasa lain adalah kulat yang biasa hidup di dalam pastry ekoran beberapa faktor seperti penyimpanan yang tidak bagus dan terdedah kepada spora di sekeliling.

Bagaimanapun, wanita itu hanya membuang bahagian yang terkesan dan lanjut meneruskan agendanya untuk menikmati rasa sebenar kek coklat yang dihasilkan oleh influencer terbabit.

Kesimpulannya, dia agak kecewa dengan kualiti kek coklat premium itu yang datang dalam keadaan berkulat meskipun dirinya ada memesan kek coklat dari penjual lain yang jauh lebih murah dan masih dalam keadaan baik selepas tempoh yang lama.

Bercakap mengenai rasa pula, dia mendapati kek coklat itu pada dasarnya rasa biasa sahaja namun apa yang membuatkan ia menjadi sedap selepas ditambah dengan coklat ganache sebagai pelengkapnya.

Susulan penularan video ulasan tersebut, netizen langsung mempertikaikan kualiti kek coklat yang dihasilkan oleh influencer terbabit kerana gagal menepati terma premium yang sering diungkapkan apatah lagi bila harga yang dibayar juga mahal.

Bekas yang digunakan untuk meletakkan manisan juga menjadi persoalan kerana tidak menampilk ciri premium dan ia boleh didapati di kedai RM2 sahaja kalau diikutkan.

Dalam pada itu, netizen menitipkan pesanan kepada orang awam untuk tidak meniru tindakan wanita berkenaan memakan kek coklat yang berkulat itu kerana boleh memberi mudarat kepada badan.

kek coklat
Sumber Gambar: X

Walaupun bahagian yang berkulat dibuang, akar kulat atau yang dikenali sebagai hyphae telah merebak ke dalam roti tersebut. ini bermakna bahagian yang tidak berkulat juga telah tercemar.

Ramai turut mengecam influencer terbabit yang masih menjual kek coklatnya itu pada harga yang terlalu mahal walhal di luar sana lebih banyak pilihan kek coklat yang jauh berkualiti ditawarkan pada harga mampu milik sekitar RM15 ke bawah dengan kuantiti yang serupa.