Ada segelintir netizen menunjukkan bahawaw mereka membuang kulat daripada kek premium dan kemudian memakannya.
Kek hitam premium yang dijual seorang pempengaruh terkenal kerap terlibat kontroversi terutama sekali kek berkulat diterima pelanggan.
Kek Coklat ‘Premium’ Didapati Berkulat Sewaktu Dibuka Cetus Pertikaian Netizen
Namun dek kerana sayangkan kek yang sudah dibeli dengan harga dianggap mahal itu sekitar RM39 sebelum promosi, ada yang membuang bahagian kulat tersebut dan memakannya.
Harap tak sakit perut makan kek premium berkulat
Mereka berharap agar mudah mudahan mereka tidak sakit perut memakannya.
Namun tindakan tersebut ditegur netizen yang lain. Kerana apabila sesuat makanan itu sudah berkulat ianya bermaksud makanan itu sudah rosak. Dan ia memudaratkan kesihatan serta boleh mengancam nyawa.
Makanan tercemar bawa kesan buruk
Jadi Zetty menasihati mereka yang sudah terbeli makanan berkulat seperti kek premium tersebut untuk tidak menggadaikan kesihatan dan keselamatan mereka hanya kerana memikirkan sudah membayarnya mahal.
“Tak nampak dengan mata kasar, tetapi tetap bahaya,” tegas seorang influencer.
“Ya saya tahu kek itu mahal RM39. Tetapi tolonglah fikirkan juga tentang kesihatan.
“Kulat yang tidak kelihatan tidak bermakna makanan itu sudah selamat untuk dimakan.
“Walaupun anda sudah membuang bahagian berkulat itu, namun spora kulat itu sudah merebak dekat semua makanan tersebut.”
Menurut Zetty lagi, makanan berkulat tidak semestinya berwarna hijau atau putih. Kerana apabila ianya sudah berkulat, makanan tersebut menganduni mycotoxin yang dilepaskan oleh kulat tersebut.
Ianya sejenis racun boleh menyebabkan keracunan makanan, alergik dan boleh mengganggu organ dalaman seseorang yang memakannya.
“Anda semua pernah tengok orang terkena keracunan makanan, di mana mereka muntah muntah, cirit birit dan sangat sakit. Kamu semua mahu ke menanggungnya?
“Untuk kes yang lebih teruk, makanan berkulat ini boleh rosakkan hati dan buah pinggang kamu. Itu sangat teruk.
“Jadi, lain kali apabila makanan itu sudah luput, berbau pelik, nampak kehijauan dan putih kulat, tak payahlah dimakan.
“Adalah lebih baik untuk jaga keselamatan daripada merana. Sila kongsi video ini untuk memberikan kesedaran lebih ramai orang lagi, yang fikir nak jimat duit makan sahaja makanan berkulat.”
@motherlyzz Jangan la camni korang. Just because you bought it mahal, and nak join the hype, buat review.. Better be safe than sorry ok? #kekkulat #kekcoklatkulat #fendymojo #fendymojokekkulat #kulat #food #health #kesihatan #kekviral #kekcoklat #viral #fyp