Ramai individu memilih untuk bekerja sebagai rider kerana percaya ia lebih fleksibel dan menerima gaji berdasarkan usaha. Lagi kuat bekerja maka dapat raih lebih banyak upah daripada syarikat mereka.

Walaupun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi setiap rider untuk mengekalkan rating yang bagus buat akaun mereka. Difahamkan sebarang rating rendah akan menjejaskan pendapatan  dengan drastik dan lebih teruk lagi tidak boleh mengambil tugasan dalam tempoh tertentu dan mungkin juga disekat.

Seorang lelaki yang boleh digelar otai memperlihatkan akaun Lalamove miliknya yang mempamerkan prestasi yang cukup membanggakan apabila bukan sahaja berjaya mengekalkan rating 5 bintang serta menyelesaikan lebih 10,000 pesanan malahan mempunyai 1,421 peminat dari kalangan pelanggan.

lalamove
Sumber Gambar: FB

Rupanya ada tips di sebalik kejayaan mempunyai akaun sedemikian, dia berkongsi bahawa anda sebagai rider seharusnya memudahkan tugasan orang lain dan percaya Sang Penguasa akan berbuat perkara yang sama untuk kita.

“Alhamdulillah… Dah cecah 10K job buat Lalamove… Rating pon masih 5.0… Tips aku mudah je… Kita mudahkan urusan customer… Allah pasti mudahkan urusan kita…,” tulisnya menerusi Grup Lalamove Riders Community Malaysia.

Menyingkap ke ruangan komentar, ramai yang memuji akan prestasi kerja yang konsisten ditonjolkan oleh lelaki itu malah merasa terinspirasi untuk menjadi sepertinya.