Kelab Argentina, Deportivo Riestra baru baru ini membuat tindakan yang mengejutkan. Di mana mereka memasukkan seorang YouTuber sebagai pemain kesebelasan utama pada aksi kompetitif.
Kelab tersebut memasukkan Ivan Buhajeruk, salah seorang influencer paling berpengaruh di Amerika Selatan. Dia dimasukkan ketika aksi menentang Velez.
Kelab Deportivo Riestra dikecam. Kerana dianggap merosakkan bola sepak hanya semata mata mengejar publisiti murahan dan dijadikan sebagai sebahagian konten oleh YouTuber tersebut.
Bekas pemain profesional di Argentina turut membidas tindakan kelab itu. Kerana slot itu lebih baik kalau diberikan kepada pemain akademi sahaja untuk membuat debut daripada pemain bukan profesional.
Tindakan itu dianggap mencemarkan nama baik Argentina yang kini menjadi juara Dunia. Negara yang melahirkan Maradona dan Messi.
Legenda seperti Juan Sebastian Veron. Dan kini AFA (FA Argentina) melancarkan siasatan ke atas perkara tersebut.
Sale el Riestra de SPREEN a la cancha para jugar contra el líder del campeonato.
Surrealista. 😳🇦🇷 pic.twitter.com/dRMi2RtoIl
— Ataque Futbolero (@AtaqueFutbolero) November 11, 2024
Deportivo Riestra akhirnya memohon maaf di atas tindakan mereka. Dan menjelaskan berbuat demikian sebagai salah satu langkah pemasaran dan publisiti untuk menarik penyokong daripada generasi muda datang.
“Semalam, kami berpeluang untuk menampilkan Iván Buhajeruk, salah seorang influencer terkenal di Amerika Selatan, dalam aksi menentang Velez,” tegas kelab dalam satu kenyataan, menjelaskan kenapa mereka memasukkan influencer berusia 24 tahun itu yang dikenali sebagai Spreen.
“Malangnya, tindakan kami ini membuatkan ramai mengecamnya. Kami ingin meminta maaf setinggi tingginya kepada semua yang rasa tersinggung.”
Spreen dimasukkan untuk beraksi 59 saat sahaja dan kemudian dikeluarkan. Tindakan yang dianggap tidak menghormati lawan mereka.
Perlawanan itu berakhir 1-1.