Salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga 1 Korea dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman.

Menurut perkongsian Markaj News di laman X, Jeonbuk Hyundai Motors menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain sayap terbaik di Malaysia itu.

Baca Juga:

Arif Aiman
Sumber Gambar: JST

Saham Arif Aiman Terus Meningkat

“Pemain sayap JDT, Arif Aiman, sedang dipantau oleh kelab K League 1 iaitu Jeonbuk Hyundai Motors. Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan prestasi hebat dalam saingan Liga Malaysia, serta Liga Juara-Juara AFC musim ini.

“Pemain antarabangsa Malaysia itu telah menyumbang kepada 7 gol dan 12 bantuan dalam 17 perlawanan liga. Sumber yang rapat dengan situasi itu telah mengesahkan.

Dalam aksi menentang Pohang Steelers baru-baru ini, Arif menjaringkan satu gol dalam kemenangan 5-2 JDT ke atas wakil dari Korea itu sekaligus melebarkan lagi rekod jaringan beliau.

Dalam carta penjaring terbanyak bagi aksi peringkat kumpulan, Arif berada di kedudukan ketiga dimana beliau hanya dibezakan dua jaringan dengan penjaring terbanyak ketika ini.

Jasir Asani (Gwangju) dan Saleem Al-Dawsari (Al-Hilal) menerajui carta penjaring terbanyak dimana dua pemain ini menjaringkan 7 gol dalam saingan peringkat kumpulan.

Di tangga kedua, dua pemain iaitu Cristiano Ronaldo (Al-Nassr) dan Anderson Lopes (Yokohama F Marinos) terikat apabila keduanya menjaringkan 6 gol.

Arif Aiman
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Kedudukan tangga ketiga menyaksikan ada enam pemain yang berkongsi kedudukan seperti Aleksandar Mitrović (Al-Hilal), Arif Aiman, Ivan Toney, Riyad Mahrez (Al-Ahli), Matías Vargas (Shanghai Port),  dan Soufiane Rahimi (Al-Ain) dimana mereka masing-masing menjaringkan 5 gol.

Arif Aiman Sudah Sedia Beraksi Di Pentas Besar?

Melihat kepada prestasi yang ditampilkan oleh Arif, beliau dilihat sudah bersedia sekiranya mahu mencari cabaran baharu dan beraksi di liga luar negara.

Akan tetapi, menurut seorang pemerhati yang selalu membawa perkembangan mengenai bola sepak Jepun di laman X iaitu Ahmad Ridzuan, ada beberapa faktor yang perlu dilihat sekiranya Arif mahu beraksi di Liga Jepun.

Pertama, meskipun graduan Akademi Mohktar Dahari (AMD) itu menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan ACL Elite, namun persekitaran yang berbeza setiap minggu bakal menjadi cabaran bagi pemain itu.

Selain itu, Arif juga bakal memikul tugasan berat yang mana beliau perlu memecahkan dinding kepercayaan orang Jepun terhadap pemain Malaysia yang mana gagal dilakukan oleh pemain sebelum ini.