Kelab dari Timur Tengah dan Argentina dilaporkan memburu khidmat salah seorang pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Forestieri.
Menurut laporan Majoriti, pemain kelahiran Argentina itu berada dalam radar beberapa kelab di Timur Tengah pada jendela perpindahan kali ini.
Baca Juga:
- Tunku Ismail: Nak Sertai Kalau Diiktiraf FIFA
- Kim Pan Gon Tak Tahu Kekuatan Serangan JDT
- Penyokong JDT Kini Boleh Main Hoki Ais Di Stadium Sultan Ibrahim
Menurut saluran berita Argentina, Constrasena, menyatakan bahawa pemain berusia 34 tahun itu difahamkan turut mendapat tawaran untuk beraksi bersama kelab di Liga Argentina iaitu Newell’s Old Boys.
Newell’s bukan pasukan yang asing buat Forestieri dimana penyerang itu pernah menyarung jersi Newell’s pada usia remaja sebelum beliau berhijrah menyertai Boca Juniors II pada 2003.
Pada awal tahun, JDT membuat keputusan untuk mengekalkan Fernando Forestieri bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini selepas membuat pengumuman mereka melepaskan pemain itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Alistair Edwards berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan antara Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Forestieri.
“Susulan perbincangan antara pemilik kelab, DYMM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Forestieri dan saya sendiri, penyerang itu akan kekal dalam skuad Johor Darul Ta’zim FC,” kata Edwards.
Sebelum musim 2024/2025 bermula, Forestieri menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT.