Negara China dan Malaysia pada hari ini telah menjalinkan hubungan yang cukup utuh bukan sahaja dari segi ekonomi malah kini hidangan tempatan mulai mendapat tempat di sana.

Selain buah Musang King menjadi pujaan, kini sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah akaun bernama secretflavorshanghai telah menarik perhatian ramai apabila mengetahui pasangan di China ini mahukan makanan Malaysia sebagai hidangan utama di hari perkahwinan mereka.

Di dalam video itu, pemilik video yang juga mempunyai servis catering telah memenuhi permintaan pasangan pengantin di China ini yang mahukan sejumlah juadah dan kuih-muih untuk dijamu kepada tetamu undangan.

“Orang China kahwin pun nak makanan Malaysia. Alhamdulillah, hari ini aku ada buat masakan catering, ada orang Shanghai kahwin, dia nak makanan daripada secretflavour (iaitu kedai miliknya yang menyajikan hidangan berasaskan dari Malaysia),” katanya.

makanan malaysia
Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan dia telah menyediakan masakan Malaysia seperti nasi lemak bersama pelengkap sayur dan lauk sampingan, kuih karipap, keropok dan air sirap serta teh tarik yang sinonim dengan rakyat tempatan.

Meja pula cantik dihiasi dengan kepingan bunga mawar yang cukup menaikkan lagi mood di hari yang cukup bahagia untuk keluarga bersama pasangan hidupnya.

@secretflavorshanghai

Orang China kasih pun nak makan Malaysia food..secret flavor nasi lemak

♬ original sound – secretflavorshanghai – secretflavorshanghai

Menjengah ke ruangan komentar, rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga kerana makanan tradisional kita menjadi pilihan untuk pasangan di China yang mana memberi gambaran budaya negara ini sudah mulai diterima di sana.

Selain berjaya menawan hati mereka, netizen percaya ini juga salah satu cara menarik dalam mempromosikan makanan tradisional tempatan agar lebih dikenali di mata dunia.

Menjawab persoalan adakah mereka mampu menghabiskan makanan tersebut dan boleh ke tahan pedas, pemilik akaun mendedahkan bahawa kesemua mereka bukan sahaja berjaya menghabiskannya malahan boleh menahan kadar kepedasan yang terdapat di dalam hidangan Malaysia.