Mulai diumumkan pada 20 Disember lalu, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim selaku Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat mengumumkan bantuan wang bersasar yang akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM2 bilion.

Dinamakan sebagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan yang pada sebelum ini diumumkan bakal diberikan pada bulan Mac telah diawalkan yang sekaligus bakal memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima.

Untuk pengetahuan bantuan STR ini disasarkan buat golongan daripada keluarga B40 dalam usaha untuk meringankan beban dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebanyak tiga kategori telah diperkenalkan menerusi bantuan kali ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan juga penerima bujang. Berikut dikongsikan cara-cara untuk anda menyemak kelayakan bantuan STR 2023.

Kelayakan STR 2023

Cara untuk menyemak kelayakan STR 2023

1. Layari laman Bantuan Tunai atau klik di sini

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Log Masuk

3. Sertakan kata kunci keselaman dan kata laluan

4. Klik pada Semakan Pembayaran Fasa 1

Cara Semak Kelayakan STR 2023 Yang Ditawarkan Mulai Hari Ini

5. Ketahui lebih lanjut dengan klik pada maklumat pembayaran untuk menyemak

Difahamkan bayaran STR 2023 ini bakal dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula boleh membuat penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023.