Ledakan media sosial membuatkan manusia menjadi semakin gila dan berani.

Seorang lelaki dengan selamba membuat konten tentang perkhidmatan rentas sempadan perairan negara Malaysia  ke Indonesia secara haram dengan menggunakan jalan tikus.

Perkhidmatan keluar secara haram

Perkhidmatan itu ditawarkan kepada pendatang asing Indonesia yang digelar TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang menetap secara haram di Malaysia serta ada pelbagai masalah dokumentasi lain untuk pulang ke Indonesia dengan cara yang sah.

haram

Video tersebut menyatakan bahawa perkhidmatan itu menawarkan laluan perjalanan menerusi jalan laut, ini termasuk dari kawasan Selangor ke Riau atau Medan di Indonesia.

Dan jadual perjalanan adalah 2 kali sehari. Dan lelaki tersebut terang terangg menyatakan ianya perkhidmatan haram atau illegal.

@speedboat_tki

Membalas @asnadirantau Salam anak rantau 💪 #anakrantau #pejuangringgit #fypage #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩semangat

♬ DJ TIA MONIKA REMIX DJ MALBAR BASSGANGGA – Malbar OnTheBeat

@speedboat_tki

Membalas @putrimalu254 Jalur fremium kita tidak seperti h4rg4 pada umumnya ya kawan #tkw #tki #pejuangringgit🇲🇨🇲🇾

♬ suara asli – 🔰Cerita Anak Desa – Cerita Anak Desa BNA

Mereka turut menawarkan perkhidmatan menjemput di tempat  yang telah dipersetujui dengan pelanggan dan menghantar mereka terus ke destinasi.

@speedboat_tki

Membalas @riantiniyasman Smga jls ya kak 🤗 #fypage #pejuangringgit🇲🇨🇲🇾 #tkw #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩

♬ Камин – DR3AM7NG

Di ruangan komen ternyata ramai TKI yang berminat menggunakan perkhidmatan tersebut. Walaupun rakyat Malaysia rata rata marah dengan konten tersebut.

Ini mencabar kedaulatan negara

Ada yang menganggap konten itu benar benar mencabar kedaulatan negara.

Netizen juga mempersoalkan di mana pihak berkuasa?

Lelaki Ini Buat Konten Perkhidmatan Balik Indonesia Secara Haram Guna Jalan Tikus

Lantas mereka berharap agar pihak yang dengan terbuka mempromosikan perkhidmatan yang jelas salah di sisi undang undang itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.