Adik pemandu Axia dedahkan bahawa keluarga lelaki yang menumbuk kakaknya telah menangis minta maaf dan meminta mereka tidak memanjangkan hal itu.
Adik Pemandu Axia Tampil Cerita Kisah Sebenar Lelaki Tumbuk Dan Terajang Kakaknya
Menurut adik pemandu Axia tersebut, lelaki tersebut sudah ditangkap polis. Dan kakaknya nekad tak akan menarik balik kes tersebut walaupun pihak lelaki itu menangis minta maaf kepada mereka.
Seterusnya adik kepada pemandu Axia tersebut kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang menurutnya seorang pegawai badan beruniform.
Di mana, sebelum lelaki itu ditahan, mereka sekeluarga langsung tidak meminta maaf kepada kakaknya yang merupakan seorang ibu tunggal.
Tindakan lelaki itu menyebabkan kakaknya patah tulang rusuk dan keretanya rosak. Keluarga lelaki itu merayu kerana menurut mereka jika lelaki itu dipenjara, tiada siapa yang menanggung anak anaknya.
Lalu adik pemandu Axia itu turut mempersoalkan, bagaimana pula dengan kakaknya? Yang seorang ibu tunggal dan turut membesarkan anaknya.
Walaupun keluarga lelaki samseng jalanraya itu menangis minta maaf, namun pihak pemandu Axia itu tetap meneruskan kes.
Isteri menangis minta maaf
Adik pemandu Axia menulis: “Masa buat tak fikir, masa kejadian, masih nak buat muka baran baik husband baik wife, dua dua tunjuk muka garang.
“Apabila akak aku nak teruskan kes untuk kau ditahan baru nak buat muka kesian minta simpati, bila akak aku berkeras barulah si isteri datang memujuk supaya tarik kes konon kena kesian dengan anak anak kau.
“Sebab kau tak kerja nanti takde siapa nak tanggung kau dengan anak anak kau?
“Kemudian cuba bayangkan kau terajang rusuk akak aku sampai patah ? Dia pun ada dua orang anak seorang tadika seorang sekolah rendah dia ibu tunggal, tak ada suami. Siapa nak tanggung anak-anak dia?
“Yang brader tu pulak masa tumbuk orang tu kau terajang langsung tak fikir ke depan bila tangan dah kena gari baru nak melutut mintak maaf merayu-rayu sampai sanggup sujud sampai nak
cium kaki kakak aku?
“Kenapa lepas settle check up kat hosp kau tak mintak maaf sikit pun? Bagi alasan sebab orang dah ramai kau tak boleh nak pergi dekat kakak aku nak mintak maaf?
“Ke sebenarnya kalau orang awam tak tahan kau, kau masih nak lanyak kakak aku? Nak cakap lebih lebih dah tak kuasa tapi kau sebagai badan beruniform kena bela masyarakat bukan bukannya buat rakyat macam musuh kau.
“Akhir kata kau merayu la macam mana pun akak aku akan tetap teruskan kes dan TAK AKAN TARIK SEMULA KES sebab kalau mintak ganti rugi tak berbaloi untuk maruah akak aku yang kau malukan depan orang ramai.
Sampai patah rusuk orang tu dia terajang!
Sumber : Adik Mangsa (tt: syfhusnaaa) pic.twitter.com/SAOb0cGxGT
— AE (@arfdy12) March 30, 2025
“Perut dan kepala dia sakit, bengkak, pintu kereta dia sentak kau rosakkan, jadi berayalah kau kat dalam [lokap].”