Berita sedih daripada perkembangan adik, Zayn Rayyan, seorang kanak kanak autisme yang dilapor hilang sejak Selasa lalu.

BERNAMA melaporkan bahawa adik Zayn Rayyan telah ditemui meninggal dunia malam semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai, 10 malam semalam.

Sungai tersebut kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sebanyak 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran sekitar 300 meter radius.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Perkembangan terbaru pada hari ini menyebut, kes kematian tersbeut diklasifikasikan sebagai kes bunuh – menurut Ketua Polis Selangor,  Datuk Hussein Omar Khan.

Dipetik daripada Harian Metro, Hussein mengesahkan bahawa hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak tersebut, terdapat unsur unsur jenayah di dalam kematian arwah.

Hussein berkata: “Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”

Ibu kepada kanakpkanak berusia 7 tahun itu benar benar sukar menerima bahawa anaknya sudah tiada.

Jenazah Rayyan telah disolatkan di Damansara Damai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.