Kes kematian melibatkan prebet Muhammad Muqriz Aseri dianggap kes terpencil dan tidak sama dengan apa yang berlaku di UPNM sebelum ini.
ATM mahu siasatan telus dan menyeluruh
Angkatan Tentera Malaysia atau ATM beri jaminan bahawa mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM agar menjalankan siasatan secara telus ke atas kes yang melibatkan kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Prebet Muhammad Muqriz Aseri.
Selain daripada siasatan telus, ATM juga berjanji bahawa siasatan akan dilakukan sevara menyeluruh untuk mengetahui punca sebenar kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri.
Anggota Tentera Tak Sempat Sahur, Maut Selepas Disuruh Buat ‘Commando Rest’
Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan bahawa ATM beri jaminan bahawa mereka tak akan berkompromi dalam kes tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dan memberitahu wartawan bahawa ini adalah kes terpencil yang jarang berlaku.
Kes terpencil dan jarang berlaku
Dipetik daripada sumber portal Astro Awani, Khaled Nordin berkata: “Ini adalah satu insiden yang jarang berlaku. Kita tak pernah dengar jadi atas sebab itulah kita nak kaji secara mendalam. Setiap tahun kita ada 5,000 rekrut dan ini adalah satu insiden yang terpencil.
“Apa sebenarnya tak boleh nak kata ada dera sebagainya sebab tengah siasat. Kita serah pada pihak polis. Kita akan beri kerjasama.
“Kita akan transparen dalam soal ini dan kita memang tidak berkompromi (terhadap) perkara-perkara seperti ini.”
Seterusnya Khaled meminta orang ramai jangan cepat membuat spekulasi dan andaian dan mengatikan kes tersebut dengan insiden di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Siasatan awal sebelum ini menyatakan bahawa tiada unsur unsur kekerasan ke atas Muhammad Muqriz yang dianggap kes terpencil.
Dua ditahan
Ketika ini, dua orang anggota berpangkat prebet masing masing berusia 22 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.
“Kita percaya adalah wajar untuk kita siasat kejadian ini sehingga selesai dan barulah kita kongsikan semuanya. Jangan jump to conclusion. Tidak boleh kata ini kes dera,” tegas beliau kepada portal yang sama.