Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan juara Liga Korea Selatan, Ulsan HD 3-0 pada aksi keempat AFC Champions League Elite (ACLE) telah membantu menaikkan kedudukan Malaysia dalam MA Ranking.

Hasil kemenangan itu, JDT telah menyumbang 1.50 mata berdasarkan kemaskini tidak rasmi di laman sesawang Footy Rankings.

Baca Juga:

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang dikutip oleh Malaysia ialah 32.861 mata sekaligus memintas kedudukan Australia untuk berada di ranking kelima terbaik Zon Asia Timur.

Kemenangan JDT Bantu Malaysia Pintas Australia Dalam AFC MA Ranking

Walaupun Selangor tewas 0-1 kepada Jeonbuk Hyundai Motors pada aksi AFC Champions League Two (ACL 2) semalam namun mereka berjaya menyumbang mata dalam 3 perlawanan sebelum ini.

Selepas 4 perlawanan di pentas Asia musim ini, jumlah mata yang disumbang oleh JDT ialah 10.000 mata manakala Selangor mengumpulkan 6.667 mata.

Kemudian dikira secara purata berdasarkan jumlah kelab sesebuah negara yang bertanding menjadikan jumlah yang dikutip oleh Malaysia ialah 8.333 mata.

Kemenangan JDT Bantu Malaysia Pintas Australia Dalam AFC MA Ranking

Malah, Malaysia juga merupakan negara kedua yang paling banyak kutip mata selepas Jepun berdasarkan kedudukan semasa ranking MA Zon Asia Timur pada musim ini.

JDT dan Selangor masih berpeluang membantu menyumbang lebih banyak mata jika mereka berjaya mara ke peringkat kalah mati.

Jika dua pasukan ini konsisten mencatat kemenangan dalam baki perlawanan akan datang, tidak mustahil Malaysia akan terus berada dalam kedudukan lima terbaik AFC MA Ranking sekaligus memburu dua slot automatik ke saingan ACLE.