Sejak malam semalam lagi pengguna laluan menghala ke pantai timur mengeluh apabila terdapat kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Perkara tersebut membangkitkan rasa marah di kalangan pengguna laluan tersebut yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehinggakan ada terpaksa mengambil masa 5 jam untuk sampai Genting Sempah dari Tol Gombak.
Baca Juga:
- Pemandu Bezza Pentingkan Diri Sendiri, Selamba Hisap Rokok Sambil Lihat Kesesakan Disebabkan Keretanya
- Degil Tidak Mahu Berganjak, Myvi Berhenti Di Garisan Kuning Jadi Punca Kesesakan Lalu Lintas
- VIP Potong Barisan Semasa Pengguna Jalan Raya Terperangkap Dalam Kesesakan Undang Kemarahan Ramai
Hello @LPTTrafik tak kan tak terfikir masa nak schedule kerja-kerja turap jalan waktu ni dah waktu sibuk orang balik kampung nak beraya? Kenapa tak buat last week or beberapa minggu lalu? 5 jam dari tol Gombak ke Genting Sempah!@AlexNantaLinggi @anthonyloke pic.twitter.com/Ng50f2p3cN
— Noor Suhana Ishak 🇲🇾 🏴 (@cek_suhana) April 18, 2023
Orang ramai mempertikaikan kenapa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya itu tidak dibuat beberapa minggu sebelum ini, yang pada ketika itu masa yang sangat sesuai untuk menambah baik fasiliti lebuh raya tersebut.
Sedangkan semua pihak sudah maklum, setiap tahun kesesakan lalu lintas menjelang hari raya sangat teruk. Untuk sampai ke destinasi masing-masing, ada yang mengambil masa belasan jam.
Jenis pandir. Minggu raya baru sebok nak buat kerja https://t.co/XUGmvtlP6J
— Vizzul (@ijoebulat) April 18, 2023
Kebodohan apakah ini? Entahlah. Tak paham aku. https://t.co/uaSz5fUEQy
— fdywhyhmdbkr (@fdywhyhmdbkr) April 18, 2023
Time raya laa nk perbaik jalan,sebelum ni tak dak pun nk turap jalan. https://t.co/Ftzb3ML7Ih
— fiilly (@filllyyyy) April 18, 2023
— Rara 🇲🇾 (@youngsyefura) April 18, 2023
Hal itu turut telah menarik perhatian ahli parlimen Bentong, YB Young Syefura. Menurutnya, beliau telah menghubungi ANIH, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Pihak ANIH menyatakan semua mesin untuk selenggara jalan akan dikeluarkan setelah kerja-kerja siap sepenuhnya.
Memetik ciapan terbaharu Twitter @LPTTrafik, pada pukul 1 tengah hari tadi trafik kembali lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala Kuala Lumpur–Karak.