Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial di mana semakin ramai individu yang hilang mata pencarian gara-gara gagal untuk keluar mencari rezeki. Situasi yang berlaku turut membuatkan orang ramai yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Facebook iaitu Iz Yunus menerusi perkongsiannya menunjukkan makanan-makanan yang sering kali disertakan dalam bungkusan buat golongan yang memerlukan sekadar dibuang di tong sampah.
Lebih mengejutkan, makanan-makanan yang terdiri daripada beras, gula, tepung, biskut dan sebagainya ini masih belum dibuka dan berada dalam keadaan yang baik.



Gambar-gambar yang dikongsikan nyata membuatkan orang ramai sedih dan kecewa. Berikut merupakan antara respon netizen mengenai situasi yang berlaku.
Para netizen turut mencadangkan agar makanan yang tidak dimahukan atau diperlukan disalurkan kepada individu lain berbanding membuangnya di longgokan bersama longgokan sampah yang lain.
Diharap isu ini tidak lagi berulang bagi menghargai golongan yang berusaha untuk menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan dalam memastikan orang ramai dapat terus mempunyai makanan yang secukupnya.
PM pada minggu lalu mencadangkan kelonggaran dine-in di restoran buat penerima dua dos suntikan vaksin. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Di Restoran Buat Penerima Dua Dos Suntikan Vaksin
‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam