Tular satu klip video rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan pasukan bomba sukarela bersiap-siap sangat pantas telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian TikTok @@pbsbedongkedah, mereka bersiap-siap pada ketika itu sejurus mendapat panggilan kecemasan kebakaran rumah di Kampung Baru Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah.
Baca Juga:
- Bomba Ambil Masa 6 Jam Untuk Sampai Ke Tempat Kebakaran Rumah Panjang Di Sarawak
- Bukit Broga Berjaya Diselamatkan, Bomba Guna Teknik ‘Fire Beater’
- ‘Jangan Pandu Style Roti Canai’ – Pelatih Bomba Ini Kongsi Teknik Pegang Stereng Betul
Setiap ahli pasukan tiba di balai bomba dengan menaiki motosikal. Kemudian mereka memakai pakaian seragam dengan kadar segera dan masuk ke dalam jentera.
@pbsbedongkedah 15/1/2025 Jam 01:27 Dapat Panggilan Kecemasan Kebakaran Rumah Di Kampung Baru Sungai Lalang. #bombasukarelabedong #bedongkedah #bombamalaysia #MALAYSIA #kedah #bombasukarelazon2kedah #volunteerfirefighter #kebakaranrumah #salingmembantu #tindakanberbahaya
Berdasarkan video ringkas itu, didapati pasukan tersebut itu mengambil masa kurang dua minit untuk bersiap sebelum terus bergerak pergi ke lokasi kejadian.
Netizen memuji pasukan bomba sukarela itu kerana melaksanakan tugas dengan baik walaupun tidak mendapat sebarang gaji atau elaun peribadi.
Difahamkan jumlah elaun yang dapat kepada pertubuhan itu telah dinaikkan sebanyak RM5,000 setahun. Ia digunakan untuk penyelenggaraan jentera, minyak, bil air dan elektrik. Kos-kos tersebut melebihi jumlah elaun yang diterima.
Sementara itu, majoriti ahli anggota tinggal berhampiran dengan balai bomba. Jika ada anggota yang lambat tiba, jentera kedua atau ketiga akan tunggu dan kemudian bergerak ke lokasi bersama-sama.
Menurut penduduk tempatan, setiap kali berlakunya kecemasan kebakaran, pasti pasukan Bomba Sukarela Bedong akan sampai ke lokasi terlebih dahulu untuk menghulurkan bantuan.
Netizen turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba sukarela yang sama-sama menjaga kesejahteraan kehidupan orang ramai dalam apa jua situasi kecemasan.