Hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan, nampaknya keputusan lanjutan atau sebaliknya bakal diumumkan pada harini. PKP 3.0 yang dijangka bakal tamat 28 Jun ini bakal diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Malaysia memaklumkan PKP fasa pertama akan berakhir sekiranya Malaysia mencatatkan 4,000 kes dan ke bawah selama tujuh hari berturut-turut. Melihat kepada situasi semasa berkemungkinan PKP 3.0 fasa pertama ini bakal dilanjutkan lagi.
Dalam pada itu, tular berita di mana PKP 3.0 bakal diteruskan lagi sehingga 12 Jun 2021 walau bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai berita palsu.
Diharapkan dan didoakan agar orang ramai dapat mengikut SOP dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 agar orang ramai dapat menjalani kehidupan yang normal semula.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan PKP 3.0 membuatkan Malaysia rugi sehingga RM1 bilion sehari.
PKP 3.0 Buat Malaysia Rugi RM1 Bilion Sehari, Kata Muhyiddin
Masih Buka Selepas Jam 8 Malam, McDonald’s Di Gombak Diserbu Polis Dan Diarah Tutup