Kerana terlalu taksub dengan bola sepak, seorang kanak-kanak di Indonesia diberi nama yang menggabungkan dua legenda AS Roma iaitu Francesco Totti dan Daniele De Rossi.
Kanak-kanak yang sedang duduk di bangku tadikan ini tular di laman media sosial selepas namanya yang dianggap unik kerana menggabungkan dua pemain legenda kelab berkenaan.
Baca Juga:
- Hamidin Terkejut Dengan Keputusan Kim Pan Gon Letak Jawatan
- ‘Knuckleball’ Pemain Cilik Malaysia Ini Dapat Perhatian Media Antarabangsa
- Perpindahan Nooa Laine Ke Selangor Tarik Perhatian Media Antarabangsa
Malah, media di Itali membuat liputan mengenai kanak-kanak ini yang mana mereka terkejut ada ibu bapa yang tidak tinggal di Itali tetapi memberi nama Totti De Rossi.
“Semangat peminat Roma merentasi semua sempadan dengan peminat di seluruh dunia meraikan kejayaan AS Roma. Begitulah yang terjadi di Indonesia.
“Di sana ada sepasang ibu bapa yang memilih untuk memanggil anak mereka [sebagai] “Totti De Rossi”, satu isyarat yang membuktikan ikatan yang mendalam dengan legenda Giallorossi.
“Walaupun nama seperti “Francesco” atau “Daniele” juga sangat biasa di kalangan peminat tempatan di dalam dan sekitar ibu kota Itali, adalah mengejutkan untuk melihat seorang kanak-kanak, yang tinggal 11,000 km dari Rom, mempunyai nama ikonik seperti itu,” dipetik dari Roma Press.
Menamakan anak sempena pemain legenda di Eropah bukanlah satu perkara asing di Indonesia dimana ada beberapa pemain dalam skuad B-20 Tahun negara itu yang mengambil nama pemain legenda.
Pemain yang dimaksudkan ialah Alfharezzi Buffon, Figo Dennis, Arkhan Kaka dan seorang pemain yang beraksi bersama skuad B-23 Tahun iaitu Beckham Putra.
Mungkin ibu bapa Totti De Rossi memasang impian untuk melihat anak mereka menceburi bidang bola sepak apabila sudah dewasa nanti dan mencipta legasi sebagaimana dua pemain ini ketika beraksi bersama AS Roma dan skuad kebangsaan Itali.