Siapa sangka satu hari nanti kita bakal dikenakan caj untuk sesuatu proses dalam penghasilan air?
Seorang pengguna FB berkongsi satu pengalaman unik yang dihadapinya yang mana menu nescafe tarik yang biasa dipesan ramai kini sudah ada caj tambahan untuk ‘menarik’ air menjadi kaw di sebuah kedai yang didakwa di Sabah.

Di dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan satu resit air yang dipesan itu telah dicaj berasingan yang merangkumi kopi nescafe berharga RM4.30 serta tambahan 70 sen hanya untuk ia ditarik oleh tukang pembuatnya.
“Punya keras kehidupan sekarang. Order nesccafe tarik, tarik nya pun dibayar ,” tulisnya dalam satu hantaran grup LAHAD DATU KINI.
Dia dengan berseloroh mendakwa betapa sukarnya hidup pada masa kini sehinggakan servis tarik kopi pun sudah mempunyai caj tersendiri.
Hantaran lelaki itu mendapat sambutan yang meriah dan ramai hanya melihat ia sebagai sesuatu yang melucukan kerana tidak pernah dibuat orang lagi setakat ini.
Ada yang perasan caj tisu pun dikenakan dan mendakwa pemilik mungkin jenis yang berkira walaupun hal sekecil itu.