Boleh didapati pelbagai ragam pengguna di atas jalan raya Malaysia ini. Yang bawa secara cermat memang layak dipuji, tetapi tidak kurang juga ada yang ‘terpaling’ nak cepat sehingga sanggup membahayakan keselamatan orang lain.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok berkongsi satu insiden yang mana memperlihatkan lagak sebuah kereta Bezza yang dipandu secara merbahaya sewaktu di dalam trafik yang sibuk dikala malam hari.
Di dalam video itu, kelihatan pemandu Bezza terbabit sedia menyalakan lampu tinggi berulang-kali kepada kereta hadapan kerana mahu memotong.
Lebih mengeruhkan keadaan lagi, apabila tidak diberi selagi itulah lampu tinggi dinyalakan dan dipandu dalam keadaan merbahaya iaitu mencucuk kereta dalam jarak yang terlalu rapat.
Lelaki itu yang malas melayan kerenah pemandu tersebut namun ia berlarutan walaupun dia telah berada jauh di hadapan dan tetap kelihatan lampu tinggi tersebut.
Dia langsung membalas dendam dengan membuat perkara yang sama kepada pemilik Bezza itu tetapi tahu pula timbul perasaan bengang apabila suspek cuba membuat aksi merbahaya lain iatu brake check di mana sengaja menekan brek secara mengejut.

Karma menimpa ke atas diri pemandu Bezza apabila keretanya ditemui dalam keadaan rosak yang mana bahagian hadapan telah rosak teruk di sisi jalan pada keesokan harinya.
@saj9774 Karma is funny sometimes… Tag the owner if yall know him pls😭 #fyp #foryou #foryoupage #bmw #bmwf30 #bezza #perodua
Video yang berjaya meraih lebih 70,000 jumlah tontonan di TikTok itu telah menjadi perhatian dan paling utama sekali ramai berpuas hati dengan pengakhiran yang dialami oleh pemandu tidak bertanggungjawab itu.


Ramai percaya kereta itu telah terbabas dek kerana pemanduan secara merbahaya dengan melebihi had kelajuan. Sebahagian lain yang berhasrat mencari siapakah pemilik asal kereta Bezza terbabit kerana mahu dibawa ke muka pengadilan jika berkesempatan.