Kerjasama dengan Bella Astillah ternyata memberikan impak positif kepada Syed Saddiq dalam usahanya membantu rakyat Muar.
Syed Saddiq berjaya mengumpul RM1.36 juta hasil daripada kerjasama dengan Bella Astillah.
Pasangan yang digelar BASS oleh netizen itu menjalinkan kerjasama untuk menjadi model baju raya dengan sebuah syarikat fesyen terkemuka di tanah air.
Syed Saddiq dan Bella Astillah berjaya meningkatkan kuasa publisiti mereka dengan konten yang menarik perhatian netizen di media sosial.
Malah ramai yang mendoakan pasangan ini terus kekal selepas ini kerana dianggap sangat serasi.
Syed Saddiq berjaya kutip dana menerusi kerjasama dengan Bella Astillah
Menurut Harian Metro, hasil kerjasama itu, Syed Saddiq berjaya mengumpul wang yang sangat besar untuk rakyat Muar, daripada kerjasama dengan Bella Astillah.
Pasangan tersebut turut hadir untuk menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada pengundi di Parlimen Muar.
Syed Saddiq turut memberikan bayangan bahawa peruntukan yang dia minta daripada kerajaan juga masih di dalam proses. Dan dia berharap proses tersebut dipercepatkan.
0leh kerana terlalu lama menunggu peruntukan inilah Syed Saddiq mengambil insiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan Bella Astillah menjelang musim raya tahun ini.
Namun kini, peruntukan yang dimohon oleh Syed Saddiq untuk rakyat Muar itu menunjukkan perkembangan positif.
“Jika benar apa yang dilaporkan, saya berharap akan ada pengakhiran yang baik. Peruntukan ini bukan untuk saya tetapi untuk warrga Muar, kerana pada akhirnya, sumbangan bantuan ini akan terus diserahkan kepada mereka,” kata Syed Saddiq seperti dilaporkan Harian Metro.
Syed Saddiq juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff. Kerana menurutnya sesi rundingan panjang selama lebih 5 sesi rundingan itu sudah menuju ke penghujungnya.
Syed Saddiq menyatakan jika wang peruntukan itu sudah berada di tangan mereka, maka dia akan membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Muar. Misalnya untuk membeli kerrusi roda, makanan, baik pulih rumah dan banyak lagi.