Kes doping, bintang Chelsea dan Ukraine, Mykhailo Mudryk kini berdepan hukuman penggantungan sehingga 4 tahun setelah disahkan positif dalam ujian doping oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).
Menurut kenyataan rasmi FA, pemain sayap kebangsaan Ukraine itu telah didakwa melanggar peraturan anti-doping selepas bahan terlarang ‘meldonium’ ditemui dalam ujian air kencingnya pada Disember tahun lalu.
🚨 Official: Mykhailo Mudryk charged by The FA for anti-doping violations and could face up to a four-year ban.
“We can confirm that Mykhailo Mudryk has been charged with Anti-Doping Rule Violations alleging the presence and/or use of a prohibited substance, in terms of… pic.twitter.com/UGi8nrPHea
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 18, 2025
Mudryk yang dibeli Chelsea dari Skahktar Donetsk dengan nilai keseluruhan €100 juta termasuk bonus pada Januari 2023. Dia ketika itu setuju kontrak 8 tahun sehingga 2031.
Dia antara pelaburan besar dibuat oleh kelab itu. Mudryk menjadi rebutan banyak kelab besar ketika itu termasuk Arsenal yang dikatakan pilihan pertama Mudryk.
Setelah rundingan antara Arsenal dan Shakhtar Donestk gagal mempersetujui tanda harga pemain itu, tiba tiba Chelsea sedia membayar angka diminta Donetsk.
Mudryk segera setuju untuk menyertai Chelsea. Namun begitu Mudryk masih belum menunjukkan bahawa dia pemain €100 juta.
🇺🇦⚡️ #GoalOfTheDay | Mykhailo Mudryk vs Celtic (2022) pic.twitter.com/pHa1j3R1hH
— EuroFoot (@eurofootcom) June 18, 2025
Malah baru baru ini, kelab menarik jersi no.10 miliknya untuk diberikan kepada Cole Palmer.
Dan kini, dia seakan akan ‘mengukuhkan’ lagi statusnya sebagai antara pembelian paling merugikan kelab itu jika dia digantung 4 tahun.
Sebagai tindakan awal, Mudryk telah digantung sementara daripada menyertai sebarang aksi bersama kelab dan negara sejak ujian tersebut dikeluarkan. FA kini menunggu keputusan ujian sampel B sebelum membawa kes itu ke Jawatankuasa Disiplin.
Bahan Terlarang Tingkatkan Ketahanan
Meldonium adalah bahan yang disenaraikan sebagai terlarang oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) kerana dikatakan mampu meningkatkan ketahanan fizikal atlet.
Bahan terlarang tersebut pernah digunakan dalam beberapa kes doping terkenal sebelum ini termasuk dalam kalangan atlet Olimpik. Jadi kesilapan Mudryk ini dianggap tidak masuk akal, jika dia dengan sedar menggunakan barang terlarang tersebut.
Sekiranya bersalah, Mudryk boleh dikenakan hukuman maksimum penggantungan selama empat tahun daripada semua aktiviti bola sepak profesional.
Chelsea dah ambil tindakan berkaitan kes doping Mudryk
Juara Liga Persidanga Eropah, Chelsea dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mereka telah menggantung Mudryk daripada latihan dan perlawanan secara rasmi serta akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, turut menyatakan sokongan terhadap pemain tersebut sambil menekankan bahawa Mudryk seorang yang profesional dan akan diberi bantuan psikologi serta perundangan sepanjang proses ini.
Enzo Maresca previously backed Mudryk to prove his innocence against doping offences 😬
The Chelsea boss also went on to suggest the winger could make a return if faced with a lengthy ban 👀 pic.twitter.com/Ad5521Yckw
— Hayters TV (@HaytersTV) June 18, 2025
Peguam yakin Mudryk tak salah
Pasukan undang-undang Mudryk dikatakan sedang menyediakan pembelaan, termasuk kemungkinan bahan tersebut diambil secara tidak sengaja atau melalui makanan yang tercemar.
Firma guaman Morgan Sports Law, yang terkenal dalam membela atlet berprofil tinggi termasuk kes doping pemain seperti Paul Pogba, dilaporkan akan mengetuai barisan pembelaan pemain tersebut.

Dan kini tumpuan adalah ke arah hasil siasatan sampel B yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat untuk kes doping pemain itu.
Jika keputusan kekal positif, FA dijangka mempercepatkan perbicaraan disiplin yang boleh menentukan masa depan karier pemain berusia 23 tahun itu di England.
Kedudukan Mudryk dalam Chelsea
Sebelum ini pengurus Mauricio Pochettino diberitahu bahawa Mykhailo Mudryk adalah pemain yang ‘untouchable’ dalam pasukan. Bermakna, salah satu syarat tak bertulis yang harus dipersetujui pengurus itu untuk mengambil jawatan di Chelsea, adalah tidak menjual Mudryk, Enzo Fernandes dan Nicolas Jackson.

Ini kerana kelab membelanjakan wang yang besar untuk 3 pemain tersebutt terutama sekali Enzo Fernandes dan Mudryk.
Namun ketika Enzo Maresca mengambil alih pasukan, kelab dikatakan tidak menghalang pengurus itu daripada menjual Mudryk atau Jackson. Dan polisi kelab ke atas Mudryk jelas kelihatan sudah berubah kerana nombor pemain itu sendiri sudah diberikan kepada Cole Palmer.
Chelsea have confirmed that Cole Palmer has been given the No. 10 shirt, previously worn by Mykhailo Mudryk who was provisionally suspended by the FA in December after testing positive for a banned substance.
New signing Liam Delap has been handed the No. 9 jersey. pic.twitter.com/PqoFn4kb7o
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 5, 2025
Mudryk akui sedih kerana menurutnya kelab telah membelakangkannya dalam hal tersebut.
Chelsea baru baru ini sudah menandatangani Liam Delap yang pastinya menyukarkan lagi kedudukan pemain itu dalam serangan Chelsea, jika dia berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah dan boleh kembali beraksi.
Chelsea kini berada di Amerika Syarikat, menyertai Piala Dunia Kelab FIFA 2025.