Lebuhraya ‘Maju Express’ (MEX) telah menurunkan papan tanda yang mempunyai kesalahan ejaan selepas menjadi bualan di media sosial semalam.
Kesilapan kecil pada perkataan ‘expressway’ adalah pada papan tanda yang terletak di sepanjang lebuh raya Putrajaya-Dengkil-KLIA.
Baca Juga:
- Cuai Tidak Ikat Muatan Dengan Kemas, Peti Ais Terjatuh Daripada Trak Pikap Di Lebuhraya
- Dua Pemandu Proton Satria Dicekup, Aksi Lumba Haram Dirakam Pada CCTV Lebuhraya DASH
- Pemilik Ini Kongsi Detik Cemas Selamatkan Kucing Kesayangan Di Lebuhraya Dengan Bantuan AirTag
Rentetan kesilapan ejaan pd papan tanda jln Maju Expressway (MEX) di Lebuhraya Putrajaya-Dengkil-KLIA, kerja2 mengganti papan tanda yg baharu telah siap dijalankan pd hr ini, 17 Mac 2023.
Pihak kami menghargai keprihatinan pengguna lebuhraya. @LLMrasmi @llmtrafik @MOWorks pic.twitter.com/NNllsK87v2
— MEX HW 03-83159111 (@MexTraffic) March 17, 2023
MEX, ketika dihubungi, memberitahu New Straits Times bahawa kesalahan itu disebabkan oleh kesilapan semasa produksi papan tanda.
Mereka mengesahkan bahawa papan tanda itu diganti hari ini bagi memudahkan perjalanan pengguna jalan raya.