Kebelakangan ini kita disajikan dengan banyak perkongsian di media sosial yang melibatkan pelajar SPM 2019 meraikan kebebasan mereka sempena tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2019.
Baru-baru ini Harian Metro, memuat naik sebuah perkongsian tentang sekeping foto yang memaparkan banduan Penjara Marang yang mengambil SPM melakukan sujud syukur selepas selesai menjawab soalan matapelajaran Sains yang juga kertas peperiksaan terakhir tahun ini di Sekolah Integriti Penjara Marang.

Tertarik dengan perkongsian tersebut, seorang pengguna Twitter @qyscha, berkongsi semula tweet tersebut dan bertanyakan kepada netizen tentang bagaimana banduan ini mengambil SPM di dalam penjara.
Can someone do thread about how Penjara took SPM ?
Bila diorang study and mcm mana diorang diajar, apa qualify kalau nak amik spm.. https://t.co/GcxK5oBWMw
— 𝑄 𝑦 𝑠 𝑐 ℎ 𝑎 🥀 (@akak_pening) November 27, 2019
Menjengah ke ruangan komen perkongsian itu, seorang netizen @AHzrth membuat satu bebenang tentang bagaimana banduan ini menerima pendidikan mereka di dalam penjara.
Pertama sekali, terdapat perbezaan antara banduan yang mengambil SPM di penjara dan Sekolah Henry Gurney (SHG).
Follow Thread ini.
Bagaimana banduan di dalam Penjara mengambil SPM dan beza penjara dan Sekolah Henry Gurney (SHG)?
Pengenalan:
Penjara ditadbir melalui Akta Penjara 1995 & SHG pula dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney 1949.
— عادل هزاريث (@AHzrth) November 28, 2019
Menurut perkongsian tersebut, penghuni SHG merupakan mereka yang berumur di antara 14 tahun sehingga 18 tahun sahaja. Manakala banduan di dalam penjara pula berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 21 tahun. Banduan ini dikategorikan sebagai banduan muda.
Manakala banduan didalam Penjara yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 21 tahun dikategorikan sebagai Banduan Muda.
Didalam Penjara, mereka wajib mengikuti Modul Pendidikan Akademik didalam Program Pembangunan Insan (PPi) & ditempatkan didalam SI.
— عادل هزاريث (@AHzrth) November 28, 2019
Didalam Penjara, mereka wajib mengikuti Modul Pendidikan Akademik didalam Program Pembangunan Insan (PPi) & ditempatkan didalam Sekolah Intergriti (SI)
Sehingga 2019, terdapat (7) buah Sekolah Integriti di 7 buah institusi penjara iaitu di:
1. SI Puncak Alam
2. SI Kluang
3. SI Marang
4. SI Muar
5. SI Sg.Petani
6. SI Kota Kinabalu
7. SI Puncak Borneo— عادل هزاريث (@AHzrth) November 28, 2019
Di sekolah integriti, terdapat 3 kelas utama yang diwujudkan iaitu, Kelas 3M (membaca, mengira dan menulis) memandangkan masih ada yg tidak dapat menguasai 3M, Kelas Pra-SPM dan SPM. Silibus yg diguna pakai sama seperti yg digunakan oleh sekolah harian diluar penjara.
Waktu pengoperasian sekolah adalah sama seperti sekolah harian di luar. Cumanya, sesi pagi sahaja. Kelas bermula seawal jam 7 selepas kiraan muster body dibuat oleh Pegawai Penjara.
Seorang netizen yang juga bekas pelajar Sekolah Henry Gurney mengaku bahawa belajar di situ amat menyeronokkan.
https://twitter.com/fxceti0us/status/1199975968686759936
Seperti yang diterangkan dalam thread, pendidikan untuk banduan tidak hanya berhenti di peringkat SPM. Bagi mereka yang layak dan berminat untuk meneruskan pengajian mereka, mereka boleh menyambung pelajaran sehingga tahap PhD dalam modul pendidikan tinggi di penjara Kajang atau penjara Bentong sahaja, di bawah MOU dengan Open Universiti Malaysia.
Walau bagaimanapun, segala yuran pengajian adalah dalam tanggungan keluarga. Penjara hanya menyediakan tempat dan fasiliti.
Dikepilkan beberapa artikel berkenaan SPM2019 sebagai sumber maklumat tambahan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Dahulu Add Math, Kini Pelajar SPM 2019 Lancarkan Petisyen Turunkan Markah A+ Subjek Sejarah Pula
Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019
Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain