Upin & Ipin bukan sahaja berjaya menempa nama dan mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Malah anak-anak di negara jiran juga turut tidak ketinggalan menikmati cerita dari sudut pandang dua anak kecil yang menjadi watak utama kepada animasi ini.
Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.
Dia yang ditemuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.
“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama,” kata Agung.
Memetik laporan laman Suara, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”
Dan dia menyatakan sebab kenapa Indonesia masih tertinggal di belakang dalam penyiaran kartun buatan negara itu sendiri adalah kerana kos yang besar harus dikeluarkan untuk membuat animasi versi Indonesia.
“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit,” kata Agung Suprio, yang dipetik oleh Suara.com dari saluran Youtube Deddy Corbuzier.
Sudah lebih 10 tahun animasi Upin & Ipin ini bertapak di Malaysia, ini 10 sebab mengapa animasi ini masih menjadi antara animasi paling popular di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.
10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia
Bangga Dengan Dangdut, Lagu Goyang Upin & Ipin Terus ‘Trending’ Di Indonesia
Kemunculan Tiba-Tiba Abang Kepada Mail Dalam Upin Dan Ipin Buat Netizen Teruja