Seperti sudah dijangka syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia Bhd (TM) nampaknya gagal memperoleh untung yang tinggi pada tahun 2018 berdasarkan prestasi yang ditawarkan.
Berdasarkan laporan, difahamkan Telekom Malaysia Bhd (TM) sekadar memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM153.15 juta pada tahun 2018 berbanding RM929.75 juta pada tahun sebelumnya. Hasil yang diperoleh TM juga turut menurun daripada RM12.08 bilion kepada RM11.82 bilion sahaja.
Menurut TM, untung bersih TM mula menurun pada suku tahun ketiga disebabkan prestasi yang merosot. Pendapatan bagi suku tahun keempat juga turut menunjukkan prestasi yang sama. Selain itu, TM turut mengisytiharkan dividen tunai sebanyak dua sen sesaham yang dijangka diagihkam pada 12 April 2019.
Berdasarkan penurunan kadar untung bersih syarikat telekomunikasi ini, TM optimis untuk menawarkan servis yang lebih baik buat para pengguna dalam menawarkan infrastruktur internet yang lebih baik.