Pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Kevin Diks sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Bundesliga Jerman iaitu Borussia Mönchengladbach.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana pemain warisan itu bakal menyertai Borussia pada musim panas nanti selepas kontraknya bersama kelab Denmark, FC Copenhagen tamat pada bulan Mei.

Baca Juga:

“Borussia menandatangani pemain pertahanan berusia 28 tahun iaitu Kevin Diks bagi musim 2025/2026 dari kelab Denmark iaitu FC Copenhagen. Pemain keturunan Belanda-Indonesia itu hadir tanpa sebarang bayaran dan menandatangani kontrak sehingga 2030.

“Kevin ialah pemain pertahanan yang berpengalaman yang boleh digunakan dalam semua posisi di pertahanan – tengah, kiri atau kanan,” kata Roland Virkus, Pengarah Urusan Borussia Sport. “Ini menjadikan kami lebih fleksibel dari segi pertahanan. Selain itu, dia seorang lelaki yang sangat baik yang tahu apa yang dia mahukan. Dia akan sesuai dengan kami.”

Kevin Diks: “Saya sangat gembira dengan perpindahan ke Borussia. Borussia adalah kelab besar di Jerman, saya menantikan apa yang akan datang. Tetapi saya masih mempunyai matlamat besar dengan kelab saya sebelum ini dan saya mahu melakukan yang terbaik do pusingan kedua dengan FC Copenhagen.”

Sejak beraksi bersama Copenhagen pada 2021, Diks menjadi pemain tetap di kelab ibu negara Denmark itu dimana beliau bermain 158 perlawanan dalam semua pertandingan, di mana dia menjaringkan 20 gol dan menyumbang 19 bantuan gol. Pada 2022 dan 2023, Diks menjadi juara Denmark, dan pada 2023 dia juga memenangi piala liga Denmark.

Diks memutuskan untuk beraksi bersama skuad Indonesia di pentas antarabangsa dimana beliau tampil buat kali pertama dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Jepun pada tahun lalu.

Penampilan pertama Diks bersama skuad Garuda tidak bertahan lama dimana beliau mengalami kecederaan selepas dikasari oleh Kaoru Mitoma dan terpaksa dikeluarkan.