Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor adalah dua atlet sukan seni bela diri campuran (MMA) yang sudah lama bermusuh sejak pertarungan terakhir mereka pada Oktober 2018.

Terbaharu, Khabib dilaporkan sudah menyahut panggilan UFC agar perlawanan rematch bertemu McGregor dilangsungkan. Namun beliau meletakkan syarat bayaran sebanyak RM400 juta daripada UFC.

Abdulmanap Nurmagomedov, jurucakap dan ayah kepada Khabib menyatakan minat di sebelah anaknya yang mereka juga mempunyai keinginan untuk bertemu semula dengan McGregor.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempertahankan jumlah besar yang diletakkan jika perlawanan semula bakal berlangsung. Bagi beliau, Dana White sendiri yang mahukan perlawanan ini.

Perlawanan antara kedua-dua jaguh UFC ini pasti antara yang dinantikan. McGregor sebelum ini berjaya menumpaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246 dengan hanya 40 saat.

Para peminat Khabib pula terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat jaguh mereka di mana beliau telah dijadualkan bertemu Tony Ferguson, April ini pada acara UFC 249.

Perlawanan yang berlangsung pada Oktober 2018 menyaksikan McGregor tewas teruk dengan Khabib yang menekan jaguh kelahiran Ireland dengan teknik submission pada pusingan keempat.

Selepas berjaya menewaskan McGregor, Khabib telah menyerang para ‘penonton’ di kem McGregor. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229

Conor McGregor Ajar Bagaimana Cara Memperoleh RM7.9 Juta Dalam Masa Satu Saat

Conor McGregor Sedia Tewaskan Khabib Di Moscow

Sumber